Selasa, 26 Februari 2013

Solat Berjemaah

Solat Berjemaah

Dalam mazhab Syafie hukum sembahyang berjemaah adalah Fardu Kifayah, wajib ke atas semua lelaki yang mampu, namun apabila ada sekumpulan yang melakukankannya, gugurlah kewajipan itu. Ini bersandarkan hadis:
Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad).
Dalam mazhab Hambali, hukum sembahyang berjemaah ialah Fardu Ain berdasarkan hadis:
Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
Namun hadis ini telah dibatalkan setelah Baginda mendapati ramai sahabat yang tercicir dari sembahyang berjemaah.
Mazhab Hanafi dan Maliki pula berpendapat hukum sembahyang jemaah ialah Sunat Muakkad berdasarkan hadis yang mengatakan sembahyang jemaah itu sunnatul huda (sunnah petunjuk).
“Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)
Bagi perempuan lebih afdhal sembahyang di rumah. Dibolehkan berjemaah di masjid untuk keperluan menuntut ilmu.

Isnin, 12 Disember 2011

Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak


Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. 

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
(i) Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) 
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu 

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan 
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). 

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). 

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. 

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.  

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, 

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31] 

atau sabda Nabi, 

“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud]. 

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).
 
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60]. 

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj 
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah 

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33] 

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 

Abul A’la al Maududi berkata: 

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); 

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]. 

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: 

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa". 

Wallahu ‘alam bi sawab.

Ahad, 11 Disember 2011

Apa yang aku harapkan adalah redho allah bukan redho manusia dan apa yang ku lakukan adalah untuk mengingatkan isteri dan anak2 ku..dan ahli keluarga ku..dan diriku sendiri..

Assalamu'alaikom buat semua yang sudi membaca atau yang terbaca blog saya...
Pertamanya saya mohon maaf kalau ada kata-kata yang menyinggung perasaan...dalam menegur tak kira dalam apa jua perkara berkaitan akhlaq beragama....kerana mungkin ada org tersinggung dengan teguran mengenai berpakai wanita muslimah terutamanya.....yang herannya pernah kah kita ambil tau apa kata allah ..yang selalu kita perkirakan apa yg manusia kata...adakah manusia dapat membantu kita menjawab di hadapan allah tentang apa yang kita lakukan di atas dunia....adakah apabila kita berkata mengenai sesuatu perkara ramai pula yg menyokong kata-kata kita....ianya menunjukkan kita betul dan benar disisi allah...sila baca maksud hadis-hadis berkaitan hadist sohih berikut....pada cik aisyah dan para penyokong blog beliau khusunya....adakah rasulullah dan para perawi hadis ini kamu standardkan sebagai tidak berkhemah dalam menyampaikan amaran berkait perkara AURAT.


Hadis-hadis Sohih Mengenai Aurat Wanita



AURAT WANITA1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ahad, 7 Ogos 2011

si gadis manis: Puasa, Solat dan Menutup Aurat

si gadis manis: Puasa, Solat dan Menutup Aurat: "Assalamualaikum. macam mana dengan puasa anda yang keenam ni?makin terasa bahangnya kan?hehe..apa pun saya ucapkan selamat berbuka puasa ..."

Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU

Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadzilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadis tersebut ialah satu hadis yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda (berkenaan dengan fadzilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

Malam Keempat:

Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sehinggalah ke malam yang ke-30...

Ulama' hadis dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadis. Atau disebut sebagai HADIS PALSU. Penyebaran hadis ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.

Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadis ialah; ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadis terhadap matan (ayat hadis) dan sanad (rangkaian periwayatan hadis). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulinannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat).
Hadis-hadis telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama' hadis pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama' hadis) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadis antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H).

Selain hadis-hadis sahih, terdapat juga hadis-hadis hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama' yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama' hadis mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadis. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadis dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta'dil. Keseluruhan kaedah memahami hadis ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau 'Ulum Hadis.

Antara ulama' kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadis adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi.

Hadis-hadis yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulinan rujukan umat dari al-Qur'an dan al-Hadith.

Berbalik kepada hadis fadzilat solat sunat Tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadis yang benar dan juga di dalam kitab2 hadis yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadis telah cukup bagi membuktikan bahawa hadis ini adalah hadis palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadis ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad saw. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.

Di dalam beramal di bulan Ramadan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkat umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadis adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah saw akan balasan neraka terhadap pendusta hadis dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadis.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya (terjemahan): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith)

Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadis-hadis palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah saw.
[Tambahan dari: Mashoorias-salafi]

Fatawa: Fadhilat Sembahyang Tarawih

Soalan: Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da'wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.

Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbitan buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur. Sepanjang tempoh tersebut, kita ini tidak pernah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudhu'.

Sukacita abis kaola menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Jawapan: Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda:

“Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama:

Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua:

Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga:

Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat:
Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima:

Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam:

Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas (lapisan tanah yang keras)

Malam ketujuh:

Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.

Malam kelapan:

Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan:

Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh:

Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam kesebelas:

Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.
Malam kedua belas:

Dia datang pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas:

Dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan Malam keempat belas:

Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.
Malam kelima belas:

Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi
Malam keenam belas:

Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas:

Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas:

Malaikat menyeru: “Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.

”Malam kesembilan belas:
Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh:

Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu:

Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua:
Dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga:

Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat:

Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima:

Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam:

Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh:

Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan:
Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan:
Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh:

Allah berfirman: “Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” (Majlis) Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.

Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen. Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar. Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Pengajian Aqidah 002: KE ARAH MEMAHAMI DASAR-DASAR AQIDAH YANG BENAR

Pengajian Aqidah 002: KE ARAH MEMAHAMI DASAR-DASAR AQIDAH YANG BENAR

BAB 1
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Bahagian Pertama – Makna Aqidah Dan Keutamaannya Sebagai Prinsip Dalam Beragama

Aqidah Secara Etimologi
Aqidah berasal dari kata ‘aqd yang membawa maksud pengikatan (iqtikad). اعتقدت كذا Membawa maksud: “Saya beriqtiqad begini”. Maksudnya, saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai aqidah yang benar,” ini membawa penegrtian bahawa aqidahnya adalah bebas daripada keraguan.

Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.

Definisi Aqidah Secara Syara’

Iaitu iman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, dan kepada Hari akhirat serta Qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini juga disebut sebagai rukun iman.

Syari’at terbahagi kepada dua bahagian:

1 – Iqtiqadiyah, dan
2 – amaliyah

Iqtiqadiyah adalah perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tatacara amal. Seperti iqtiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beriqtiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (dasar agama). (Rujuk: Syarah Aqidah Safariniyah I, m/s. 4)

Manakala amaliyah adalah segala perkara yang berkaitan dengan tata cara amal (kaedah). Seperti solat, zakat, puasa, dan seluruh hukum-hukum amaliyah. Bahagian ini disebut far’iyah (cabang agama), kerana ia dibina di atas iqtiqadiyah. Kebenaran atau rosaknya amaliyah bergantung kepada sama ada kesahihan iqtiqadiyah atau rosaknya iqtiqadiyah.

Maka aqidah yang benar adalah merupakan asas bagi pembinaan agama serta merupakan syarat sahnya amalan. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala berikut:

“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan sesuatu pun dalam melaksanakan ibadat kepada Tuhannya.". (al-Kahfi, 18: 110)

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Jika kamu menyekutukan (Tuhan), niscaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu tergolong ke dalam orang-orang yang rugi.” (az-Zumar, 39: 65)

“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik).” (az-Zumar, 39: 2-3)

Ayat-ayat di atas dan yang seumpamanya, yang jumlahnya amat banyak, menunjukkan bahawa segala amalan yang dikerjakan tidak akan diterima jika tidak dibersihkan dari perbuatan syirik. Kerana itulah perhatian Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang pertama kali di-dakwahkan (disampaikan dan diterapkan) adalah perkara-perkara berkaitan pemulihan dan pemurnian aqidah. Dan merupakan hal yang paling utama dan pertama yang di-dakwahkan oleh para rasul kepada setiap umatnya adalah menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan segala yang dituhankan selain Dia (menghapuskan syirik). Sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala berikut:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada setiap umat (supaya menyerukan), “Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu”.” (an-Nahl, 16: 36)

Adalah setiap rasul itu sentiasa mengucapkan pada awal dakwahnya,

“Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu melainkan-Nya.” (al-A’raaf, 7: 59, 65, 73, 85)

Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syu’aib, dan seluruh rasul alaihimussalam. Dan selama 13 tahun baginda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di Makkah sesudah bi’tsah (kerasulannya), baginda mengajak manusia kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana hal itu merupakan landasan (asas) pembangunan (binaan) Islam. Para da’i dan para pemurni agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam manhaj dakwah mereka ini. Iaitu mereka memulakan dakwah mereka bermula dari asas ketauhidan dan penerapan aqidah yang sahih (sebenar), dan kemudiannya barulah mereka mengajak kepada seluruh perintah-perintah agama yang lain.

Bahagian Kedua – PENGAMBILAN AQIDAH BERDASARKAN SUMBER YANG SAHIH BERDASARKAN MANHAJ SALAF

Aqidah adalah suatu yang tauqifiyah. Ini bermakna ia tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil-dalil yang syar’i, tidak ada ruang ijtihad dan pendapat di dalam-nya. Ini adalah kerana sumber-sumbernya yang hanya terbatas kepada apa yang ada di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Sebab tiada seorang pun yang lebih mengetahui berkenaan Allah, tentang sebarang apa yang wajib bagi-Nya dan apa yang harus disucikan dari-Nya melainkan Allah sendirilah yang sedia mengetahui. Dan tidak seorang pun sesudah Allah yang lebih mengetahui tentang Allah selain Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh yang demikian, manhaj salafus soleh (golongan soleh yang terdahulu dan terawal dari umat Islam) dan para pengikutnya dalam mengambil aqidah adalah terbatas kepada al-Qur’an dan as-Sunnah.

Dengan itu segala apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah berkenaan hak Allah, mereka pasti mengimaninya, meyakininya, dan mengamalkannya. Sedangkan apa yang tidak ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah mereka menolak dan menafikannya dari Allah. Kerana itu tidak ada pertentangan di antara mereka di dalam iqtiqad. Bahkan aqidah mereka adalah satu dan jama’ah mereka juga satu. Kerana Allah sudah menjamin orang yang berpegang teguh dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya dengan kesatuan kata, kebenaran aqidah, dan kesatuan manhaj (dasar prinsip). Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai,...” (Ali Imran, 3: 103)

“Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.” (Thoha, 20: 123)

Kerana itulah mereka dinamakan sebagai al-firqatun najiyah (golongan yang selamat). Kerana Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam telak mengakui bahawa merekalah yang selamat, ketika mana beliau shallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan bahawa umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan yang mana kesemuanya diancam ke neraka, kecuali satu golongan. Ketika ditanya berkenaan golongan yang satu tersebut, beliau shallahu ‘alaihi wa sallam menawab,

“Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kebenaran sabda baginda Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam tersebut telah terbukti ketika sebahagian manusia membina aqidah dan manhaj mereka di atas selain kitab Allah dan sunnah yang sahih, iaitu dengan mengambil landasan ilmu kalam (mantiq dan aqal) yang diwarisi daripada falsafah Yunani dan Romawi. Maka atas sebab itulah, terjadinya pelbagai penyimpangan dan perpecahan dalam persoalan aqidah yang mana seterusnya mengakibatkan pecahnya umat dan retaknya masyarakat Islam kepada pelbagai jenis firqah (kelompok ideologi).

Bahagian Ketiga - FAKTOR UTAMA PENYIMPANGAN AQIDAH DAN FORMULA MENGATASINYA

Penyimpangan dan penyelewengan aqidah dari landasan yang benar adalah merupakan suatu detik bermulanya kehancuran dan kesesatan. Kerana aqidah yang benar adalah merupakan pembimbing dan syarat yang paling penting bagi perlaksanaan amal yang berguna.

Tanpa pegangan aqidah yang benar, seseorang akan menjadi mangsa kepada beberapa syubhat dan keraguan yang akhirnya akan menjadi penghalang dari melihat jalan hidup yang diredhai, yang bahagia, sehingga perjalanan hidupnya terasa begitu sempit dan payah lalu hadirnya suatu naluri agar ingin dibebaskan dari pelbagai perasaan yang menghimpit tersebut akibat gagal memahami ruh agama ini dengan baik. Mungkin juga akibat terlalu tertekan dengan pelbagai permasalahan, membawa dia keluar dari norma-norma tabi’i sehingga sanggup untuk membunuh diri dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik lantaran gagal memahami agama dari dasarnya yang sebenar. Ini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita yang mana hidupnya jauh dari hidayah serta pedoman agama. Apabila datangnya pelbagai masalah yang menekan, dirinya mula menjadi serabut dan tidak keruan. Masyarakat yang tidak dipimpim oleh aqidah yang benar adalah merupakan masyarakat bahimi (haiwani), tidak memiliki prinsip-prinsip hidup yang sejahtera, sekalipun mereka bergelumang dengan harta kekayaan namun, mereka sering terjerumus ke lembah sengsara, sebagaimana yang banyak kita saksikan pada era masyarakat jahiliyyah sebelum kedatangan Muhammad shallahu ‘alaihi wa sallam. Harus difahami bahawa setiap kekayaan sangat meemrlukan kepada taujih (disiplin dan perancangan) dalam penggunaannya, dan tidak ada pemberi tata cara disiplin yang tepat kecuali atas jalan landasan aqidah yang sahih.

Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Wahai Rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.” (al-Mukminun, 23: 51)

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurniaan dari Kami. (Kami berfirman), “Wahai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud”, dan Kami telah melunakkan besi untuknya, (iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” (Saba’, 34: 10-11)

Dengan itu, jelaslah bahawa, kekuatan aqidah tidak seharusnya terpisah dari kekuatan madiyah (kebendaan). Jika hal tersebut diraih dan dikerjakan atas landasan aqidah yang salah, maka kekuatan yang lahir dari hasil kebendaan serta kekayaan pasti akan berubah menjadi suatu sarana yang merosakkan dan bertukar menjadi agen penghancur, sebagaimana yang dapat kita lihat banyak terjadi di negara-negara kafir yang memiliki harta kekayaan dan kekuatan kebendaan namun berpegang dengan aqidah yang batil.

Sebagaimana kita ketahui, setiap perkara yang berlaku pasti memiliki sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga penyimpangan aqidah yang terjadi di sekeliling kita, turut memiliki faktor-faktor yang dapat kita lihat. Antara faktor-faktor tersebut yang wajib kita fahami dan ketahui adalah:

1 – Kejahilan terhadap aqidah yang sahih. Ini berlaku adalah atas sebab tidak mahu mempelajari serta mendalami ilmu aqidah itu sendiri. Kurangnya inisitif untuk menyebarkan aqidah yang benar ke dalam diri setiap masyarakat yang ada. Ramai yang sengaja menjauhkan diri (berlepas diri) daripada mempelajari aqidah yang tulen ini. Sehingga tumbuhlah generasi yang tidak mengenal aqidah yang sahih dan juga tidak mengetahui yang haq atau batil. Akibatnya mereka meyakini yang haq sebagai sesuatu yang batil dan yang batil dianggap sebagai yang haq. Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Umar radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya ikatan Islam akan pudar satu demi satu, manakala di dalam Islam terdapat orang yang tumbuh tanpa mengenal kejahilan.”

2 – Faktor yang kedua adalah kerana Ta’ashub (taksub/fanatik) kepada sesuatu yang diwarisi dari kelompok-kelompok, ibu bapa mereka, nenek moyang mereka, atau orang-orang tua mereka, sekalipun hal itu jelas kebatilannya, sehingga dengan begitu sahaja mencampakkan apa sahaja yang menyalahi kepercayaan mereka sekalipun hal itu benar. Sebagaimana yang difirmankan Allah subhanahu wa ta’ala:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: “(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa yang kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami melakukannya”. Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun nenek moyang mereka itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? (al-Baqarah, 2: 170)

3 – Taqilid buta, dengan mengambil pendapat manusia dalam masalah aqidah tanpa mengetahui dalilnya dan tanpa menyelidiki seberapa jauh kebenarannya. Sebagaimana yang terjadi pada golongan-golongan seperti Muktazilah, Jahmiyah, dan lain-lainnya. Mereka bertaqlid kepada orang-orang sebelum mereka dari para imam yang sesat, sehingga mereka juga mengikut kesesatan imam ikutan mereka itu dan menyimpang jauh dari aqidah yang sebenar.

“Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukan.” (al-Israa’, 17: 36)

4 – Ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mencintai para wali, para imam, dan orang-orang soleh, serta mengangkat mereka di atas darjat yang melebihi kewajaran, sehingga meyakini pada diri mereka sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kecuali oleh Allah, sama ada dengan mempercayai bahawa ia mampu mendatangkan kemanfaatan mahupun menolak kemudharatan. Juga menjadikan para wali itu sebagai perantara Allah dengan makhluk-Nya, sehingga sampai pada tingkat penyembahan para wali tersebut dan bukan menyembah Allah. Malah ada di antara mereka yang bertaqarrub kepada kubur para wali dengan membawa haiwan yang dikorbankan, nadzar, doa-doa, istighatsah, dan dengan membawa hajat-hajat yang tertentu. Sebagaimana yang terjadi kepada kaum Nabi Nuh alaihis salam:

“Dan (Ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: “Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.” (Nuh, 71: 23)

Wadd, Suwaa’, Yaghuth, dan Nasr adalah nama berhala-berhala yang terbesar pada kabilah-kabilah kaum Nabi Nuh, yang pada asalnya adalah dari nama orang-orang soleh.

Dan begitulah yang banyak berlaku terhadap kelompok-kelompok manusia yang mendewa-dewakan kuburan di pelbagai negeri zaman ini.

5 – Ghaflah (lalai) daripada menghayati ayat-ayat Allah yang terhampar di jagat raya ini (ayat-ayat kauniyah) dan ayat-ayat Allah terdapat dalam Kitab-Nya (ayat-ayat Qur’aniyah). Di samping itu, juga terbuai dengan hasil-hasil teknologi dan kebudayaan, sehingga mengira bahawa itu semua adalah hasil ciptaan manusia semata-mata, sehingga mereka mengagung-agungkan manusia serta menisbatkan seluruh kemajuan ini kepada jerih payah dan penemuan manusia semata-mata. Sebagaimana kesombongan Qarun yang mengatakan:

“Sesungguhnya aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (al-Qashash: 78)

Dan sebagaimana perkataan orang lain yang juga sombong:

“Dan Demi sesungguhnya! jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): “Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisi-Nya (seperti kesenanganku sekarang ini)!” maka Demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab siksa yang seberat-beratnya.” (Fushilat, 41: 50)

“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): “Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” (az-Zumar: 49)

Mereka tidak berfikir dan tidak pula melihat keagungan Tuhan yang telah menciptakan alam ini dan yang telah memperlihatkan pelbagai bentuk keistimewaan di dalam-nya. Juga yang telah menciptakan manusia lengkap dengan bekalan maklumat dan kemampuan yang berguna untuk mengkaji keistimewaan-keistimewaan alam serta mengaplikasikannya demi kepentingan manusia.

“Dan Allah-lah yang mencipta kamu serta benda-benda yang kamu buat itu!" (as-Shaffat, 37: 96)

“Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa telah dekatnya ajal kebinasaan mereka?” (al-A’raaf, 7: 185)

“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai buah-buahan menjadi rezeki untuk mu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya.”

6 – Secara umumnya rumah tangga dan institusi kekeluargaan sekarang ini kosong dari pengisian dan pendidikan yang benar menurut Islam. Padahal baginda Rasulullah shallahu alaihi wa sallam telah bersabada:

“Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah (Islam). Maka kedua orang tuanyalah yang (kemudian) menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, di sini jelas bahawa orang tua atau ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam hal-hal pendidikan anak-anak mereka kepada akidah yang benar.

7 – Sikap enggan media-media penyiaran melaksanakan tugasnya. Sistem pendidikan di jabatan-jabatan pendidikan juga tidak menerapkan perihal pendidikan yang berkaitan dengan aqidah yang sebenar. Malahan, media maklumat sama ada media cetak atau elektronik berubah menjadi sarana penghancur dan perosak, atau paling tidak mereka hanya memfokuskan terhadap perkara-perakara yang bersifat materialistik dan hiburan semata-mata. Tidak memerhatikan perkara-perkara yang dapat memperbaiki moral dan menanamkan aqidah serta menangkis aliran-aliran sesat. Dari sini, muncullah generasi yang telanjang tanpa asas pertahanan (iman), dan tidak berupaya untuk berhadapan dengan pasukan kekufuran yang lengkap persenjataannya.

BEBERAPA LANGKAH MENGATASI PENYIMPANGAN AQIDAH

1 – Kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengambil aqidah yang sahih. Dan mengambilnya sebagaimana para salafus soleh mengambilnya. Ini kerana tidak akan menjadi baik umat ini, melainkan kembali kepada apa yang menjadikan umat yang terdahulu itu baik. Sentiasa berusaha mempelajari aqidah yang benar dan berupaya membezakan fahaman aliran yang menyimpang. Juga mengambil inisiatif mengkaji pelbagai aliran pemikiran yang menyimpang berserta syubhat-syubhat yang muncul supaya dapat dibantah dan dikawal. Ini adalah kerana sesiapa yang tidak mengenali keburukan, dikhuwatiri dia akan terhumban ke dalamnya.

2 – Memberi perhatian kepada pengajian-pengajian aqidah yang benar sumbernya, iaitu sebagaimana aqidah yang dipegang oleh para salaf soleh (golongan terdahulu yang terbaik), di pelbagai lapangan pendidikan. Memberi ruang pengajian yang baik serta mengadakan pengawalan yang ketat dalam menyediakan sumber-sumber rujukan untuk ini.

3 – Bahan-bahan pengajian berserta kitab-kitab mestilah ditetapkan berdasarkan dari sumber-sumber para ulama salaf yang bersih (dari penyimpangan) sebagai wadah (bahan) pengajian. Manakala kitab-kitab dan sumber-sumber dari kelompok yang menyeleweng haruslah dijauhkan.

4 – Menyebarkan para da’i yang berupaya membersihkan dan memurnikan aqidah umat Islam dengan mengajarkan aqidah para salaf serta menjawab dan menolak seluruh aqidah yang batil dan mungkar.

MENERAJUI KESEJAHTERAAN SELANGOR