Khamis, 14 April 2011

Mat Harun Bin Hj Saman :Usrah Pencetus Minda Perjuangan Mantap

Assalamualaikum. moga semua dalam kemanisan iman yg berterusan. hajatnya blog ni akan jadi medan utk semua view bahan2 yg akan dibincangkan dalam usrah dan harapnya semua dapat manfaatkannya dalam mencari redha dan ri'ayah Allh jalla jalaaluh. insyaallah, mudah-mudahan Allh taala beri kekuatan pada saya utk laksanakan qasad diri ini utk jadikan ni medan rujukan dan renungan utk manfaat semua. sememangnya saya hajatkan dan cita-citakan utk melihat usrah dan halaqah di RPI berjalan dengan lancar dan on the track serta i/Allh mudah-mudahan Allh jadikan usaha kecil dan pengorbanan dari setiap kita sebab untuk kita islah diri, yang mana kemudiannya Islam yg terbina dalam diri kita itu kita bawa kepada keluarga kita, yang kemudiannya i/Allh kepada kawan-kawan secapaian kita dan di hujung rantaian 'influence' ini akan jadikan Islam tertegak di atas permukaan bumi ini. tatkala itu, hanya satu ideologi diguna pakai. manusia berbondong-bondong akan meninggalkan penyembahan makhluk kepada penyembahan Allh, Zat Yang Maha Kuasa, dan berduyun-duyun manusia akan meninggalkan perit jerih mengejar kesempitan dunia menuju kebahagian akhirah dan tatkala itu juga kekejaman sistem-sistem ciptaan akan digantikan dengan keadilan al Islam. i/Allh suasana itu pasti akan datang. di samping itu juga, ingin dimaklumkan bahawa sepanjang penaipan, nama Allah akan saya ringkaskan kepada Allh dan Rasulullah SAW kepada Rsllh S atas sebab-sebab tertentu. juga assalamualaikum, insyaallah akan diringkaskah kepada askm atau a/w/w dan i/Allh. juga akan terbit beberapa kata lain yg akan diringkaskan. dan bahan2 usrah akan diposkan insyaallah in advance yakni sebelum usrah, dan perbincangan lanjutan akan diposkan kemudian selepas sesi usrah. sekian, fi ri'ayatillah. a/w/w.
assalamualaikum.



By Mat Harun Bin Hj Saman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENERAJUI KESEJAHTERAAN SELANGOR