Selasa, 28 Jun 2011

Hukum yang tak dihiraukan oleh ummah...

Bid'ah ke 6 di bulan Rejab: Hukum merayakan dan memperingati Isra' & Mi'raj (27 Rejab) secara konsisten saban tahun.

Jawab:

Mengadakan perayaan secara konsisten (berulang-ulang) terhadap Isra' & Mi'raj adalah suatu amalan yg baru yg tidak pernah disambut oleh para salaf (generasi terbaik Islam) walhal merekalah generasi yg paling kuat semangatnya dlm mencari dan mengamalkan sesuatu sunnah, kebaikan dan amal saleh. (Bida' alHauliyah/274)

Fatwa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh (dikutip oleh muridnya alHafeedz Ibn Qayyim (alZaad: 1/58-59), Syaikhul Islam diajukan keutamaan malam Isra' dan Mi'raj, beliau menjawab," tidak seorangpun kaum muslimin yg mengetahui bahawa malam Isra & Mi'raj memiliki keutamaan. Tidak pula diketahui bahawa para sahabat dan tabi'ien berniat mengkhususkan sesuatu pada malam tsb, serta tidak juga mereka memperingatinya."

Fatwa Kerajaan Arab Saudi, mantan Mufti agung Syaykh Muhammad bin Ibrahim w. 1398H (Fatawa wa Rasail: 3/97) yg juga mantan ketua Rabithah, " Perayaan Isra' & Mi'raj ini bercanggah dgn AQ, asSunnah, istishab dan aqal. ia merupakan perayaan kebid'ahan."

Fatwa Syaykh Abdul Aziz ben Baz (w. 1420H) dalam Fatwa Lajnah Daimah : 3/64-66 juga mewartakan, antara lain," walaupun tidak disangsikan lagi bahawa malam Isra' & Mi'raj ini merupakan tanda2 kebesaran Allah dan ketinggian dan kedudukan Muhammad saw, tapi tidak boleh dibuat penambahan dalam agama dari sudut persyari'atan perayaan dan sambutan. Seandainya malam ini wajar disambut dan dirayakan, sudah tentu kita sudah menerima suruhan mereka kerana mereka adalah suatu kaum yg amat tekun melaksanakan sunnah; sedangkan perintah itu tidak ada, maka kenapa kita merekacipta sesuatu yg baru dalam agama?
Sabda baginda," barangsiapa yg beramal satu amalan yg tidak ada perintahku padanya, maka ia tertolak." [Muslim]

Wallahu a'lam bisshawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENERAJUI KESEJAHTERAAN SELANGOR