Selasa, 25 Februari 2020

HINDARI SIKAP SOMBONG ATAS KEMENANGAN ANUGERAH ALLAH


Malaysia segar dan ceria tanpa DAP. Selepas kejatuhan ini sukar lagi untuk DAP bangun. Ini adalah kerana kemenangan sebentar yg diberikan Allah kpd DAP itu ialah untuk memperkenalkan wajah DAP yg sebenar kpd rakyat Malaysia. Kini rakyat malaysia sudah kenal DAP. Lalu Allah kalah kan DAp kembali. Apakah rakyat malaysia masih mahukan DAP?.
Allah berikan PKR kemenangan bersama PH. Untuk Ahli Pas kenal PKR dan Anwar. Betapa angkuhnya Anwar mebelasah PAS dan TGHH, org yg pernah satu ketika memapah beliau dari lembah penghinaan. Itu lah aturan takdir Allah.
Allah kalahkan UMNO dan BN dlm pru 14 agar UMNO dapat mengenal PAS secara lebih dekat dan PAS dapat mengenal UMNO. Lalu Allah tautkan hati2 PAS dan UMNO atas kepentingan agama, bangsa dan Negara. Indah sungguh percaturan Allah.
Allah pecahkan PKR terbelah dua dan Bersatu keluar sepenuhnya dari PH agar PH lumpuh dan tumbang. Allah tumbangkan PH untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari ideologi tanpa tuhan yg sedang cuba disebarluaskan oleh DAP.
Allah berikan PAN kemenangan besar bersama DAP dan PH. Sehingga mereka merasakan tindakan mereka keluar dari PAS adalah satu tindakan yg benar. Kalau mereka salah masakan Allah berikan mereka kemenangan secepat itu. Sehingga mereka merasakan tindakan keluar dari PAS itu satu tindakan yg tepat dan melanggar baiah itu tiada salahnya pada agama. Lalu semakin bersemangatlah mereka membelasah PAS. Namun Allah Maha Bijaksana. Kini dengan tersungkurnya DAP tiada lagi pohon untuk dedalu PAN menompang. Belum puas Pimpinan PAN menyedut manisnya saripati dan madu jawatan menteri dan timbalan menteri, lalu Allah sentap mereka dari kelopak segar menjadi layu serta merta. Allah Maha Kuasa. Ianya pengajaran buat siapa yg gelojoh dan tidak ikhlas dlm perjuangan.
PAS..?. Begini lah PAS. Dlm apa situasi pun PAS akan terus hidup. Kerana Rasul mengajar PAS, jagan sombong ketika menang dan jangan berputus asa ketika kalah. Selagi Allah ada dlm hati para pejuang PAS, selagi itu mereka akan terus hidup. Hatta jika di pancung sekalipun mereka tetap hidup. Kerana syuhada itu tidak pernah mati.
Teman... Ternyata perjanjian Hudaibiyyah PAS dan UMNO telah membawa kita kepada hampirnya Fathul Makkah. Ingat teman2... Jgn sekali2 sombong dengan kemenangan. Saat memasuki kota makkah bersama golongan muslimin yg ramai, Rasulullah saw menundukkan kepalanya penuh tawadhuk sehingga janggut baginda yg mulia mencecah bulu2 diatas tengkuk kudanya. Baginda berzikir, memuja dan memuji Allah. Ingatlah semuanya dari Allah.
UMS
Pondok An Nuur Kuantan
25. Feb. 2020

Isnin, 24 Februari 2020

Fahami Maksud Khianat dan amaran allah..


Pengertian khianat membawa maksud perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia.[1] Semuanya menjurus ke arah perbuatan negatif dan perlu dijadikan sempadan oleh manusia. Perbuatan khianat ini boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang dikhianati tanpa mengira individu ataupun organisasi. Keamanan dan perpaduan yang kukuh pasti akan runtuh apabila terdapat sebarang bentuk khianat dalam masyarakatnya.
Perbuatan khianat kepada orang lain juga sebenarnya adalah perbuatan mengkhianati dirinya sendiri kerana kesan buruk pengkhianatan itu akan dirasakan oleh orang lain yang berkaitan. Di sisi lain pula menunjukkan bahawa sebagai masyarakat seharusnya dianggap seperti satu jasad, setiap keburukan yang dialami oleh orang lain harus dirasakan juga seperti sesuatu yang menimpa ke atas diri sendiri.
Dalil dan Perbahasan Ulama.
Firman Allah swt dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.”[2]
Sayyid Quthub menerangkan bahawa sifat dan sikap khianat mereka (kaum musyrikin) menjadikan Allah membenci orang-orang kafir yang mengkhianati amanat keagamaan lagi tidak mensyukuri nikmatNya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai kaum musyrikin Mekkah dan setiap pengkhianat yang kufur nikmat walau di mana pun mereka berada.[3]
Setelah Allah melarang perbuatan khianat dan membela orang-orang yang melakukan perbuatan khianat, maka ayat ini melarang pula berdebat dan membela orang-orang yang khianat. Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan janganlah engkau berdebat membela orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.”      (Surah an-Nisa’: 107)
Dan janganlah engkau, wahai Muhammad demikian juga umatmu, berdebat untuk membela orang-orang yang sengaja lagi tekun dan terus-menerus mengkhianati dirinya. Ayat ini merupakan ancaman yang cukup serius terhadap orang yang berkhianat. Mengapa tidak, Rasulullah saw yang demikian tinggi kedudukan baginda di sisi Allah dan yang dalam kehidupan sehariannya terlihat dengan jelas melaksanakan hak dan menjauhi khianat, walaupun demikian tetap diberi peringatan. Maka bagaimana dengan selain baginda dan bagaimana pula dengan yang mengetahui kebenaran tetapi menyembunyikannya serta membantu kebatilan?[4]
Antara peringatan lain yang berbentuk ancaman kepada orang yang melakukan khianat ialah pengkhianatannya akan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak melalui pengibaran panji yang besar tertulis kisah pengkhianatan mereka di atas badan mereka berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud:
Dari Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar dan Anas ra, mereka berkata, Nabi saw bersabda, “Setiap pengkhianat nanti pada hari kiamat mempunyai sebuah bendera yang bertuliskan, ‘Inilah pengkhianatan fulan.”[5]                                    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sejarah dan Peristiwa.
Sejarah awal perkembangan Islam telah mendapati banyak siri pengkhianatan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi. Orang-orang yahudi yang telah diberi tempat terhormat dalam Konstitusi Madinah, akhirnya, satu persatu berkhianat. Bermula dengan Bani Qainuqa yang enggan ikut berperang sepertimana yang telah mereka janjikan dengan menggunakan alasan waktu berperang jatuh pada hari sabtu.
Oleh sebab keengganan mereka, maka Nabi saw menghukum mereka setimpal dengan pengkhianatan mereka iaitu mengeluarkan mereka daripada kota Madinah dengan bebas membawa apa sahaja yang diinginkan.
Kemudian giliran bani Nadir yang melakukan khianat dan pengkhianatan mereka lebih berat daripada apa yang dilakukan oleh bani Qainuqa, hukuman mereka ialah diusir dari Madinah tanpa membawa harta benda. Dan yang paling mengerikan dan mencemaskan ialah nasib bani Quraizhah.
Pada waktu itu sebelum berlakunya perang Ahzab iaitu serangan pakatan suku-suku Arab pimpinan Quraish Makkah ke Madinah. Setelah mendengar perkhabaran itu, Nabi saw bermusyawarah dengan para sahabat dan telah menerima usul seorang berbangsa Parsi, Salman al-Farisi yang mempunyai pengalaman dalam peperangan. Beliau mengusulkan supaya membuat parit di sekitar kota.
Peperangan kali ini telah membuatkan pihak kafir Quraish bingung untuk menyerang kerana pertama kali berhadapan taktik sebegini dan akhirnya hanya mengepung kota Madinah selama hampir satu bulan. Dalam keadaan terkepung rapat seperti itu, persedian air tentu sahaja perlu, tiba-tiba bani Quraizhah menunjukkan indikasi berkhianat. Mereka rupanya berpendapat bahawa inilah permulaan kehancuran Islam dan oleh kerana itu mereka mengambil kesempatan dengan memihak kepada pihak yang akan menang. Secara sembunyi mereka membina hubungan dengan pakatan pimpinan orang-orang Quraish.
Akan tetapi, berita tersebut telah sampai kepada Nabi sehingga baginda memerintahkan beberapa sahabat untuk meneliti kebenarannya dengan berpesan jika khabar itu ternyata benar, maka rahsiakan dan jika salah maka sebarkan. Hal ini adalah kerangka perang saraf dengan pasukan sekutu bahawa bani Quraizah tidak berbuat khianat. Tetapi setelah diselidiki maka ternyata benar pengkhianatan tersebut. Berkat pertolongan Allah swt, perang Ahzab berakhir dengan kegagalan sekutu, iaitu terjadinya taufan yang menghancurkan perkhemahan mereka di sekitar Madinah dan selamatlah masyarakat Madinah pimpinan Nabi.
Masalah pengkhianatan bani Quraizah kemudian diputuskan oleh hakim yang telah dipilih. Mereka memilih seorang muslim bekas anggota bani Quraizah dengan harapan orang tersebut akan simpati kepada suku asalnya. Tetapi ternyata sangkaan mereka meleset, mereka semua kaum lelaki bani Quraizah harus dibunuh, isteri-isteri dan anak-anak mereka dijadikan hamba dan dijual.[6]
Bentuk Ancaman.
1.   Antara perbuatan yang tidak disukai Allah swt dan tiada limpah rahmat kasih sayang kepada mereka.
2.   Tertulis setiap perbuatan khianat mereka di atas bendera yang di pegang sendiri agar dapat dilihat ketika di padang masyhar kelak.

Jumaat, 21 Februari 2020

CATATAN DHUHA - USTAZ IDRIS AHMAD

https://docs.google.com/presentation/d/e/2PACX-1vSyiKlGAwwytPX-E5tUUZU2MNC5zuapB4_u9JXJs4ZY8DQkrlBZTNpBrKApUAlPl2LosHM26dENrI5T/pub?start=true&loop=true&delayms=30000

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 (ULUM) SIRAH FATHUL MAKKAH

https://docs.google.com/presentation/d/e/2PACX-1vTXHMrud7GcPSKbvMy4Gc03sF2V5YnEbyktlmlUfP5STiAcfhM1pyMbdwsu5l3wJV5hJWe_Bm2OWvw_/pub?start=true&loop=true&delayms=60000

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 (AQIDAH) ALLAH BERSIFAT QALAM

https://docs.google.com/presentation/d/e/2PACX-1vS7GFach84qTWsV8a9Q7fcT1Icgvjo9vdwuiok5Tq5PuxS3kMVEe8vKpka1H_FWjW52Dr6G6mfuHPLy/pub?start=true&loop=true&delayms=60000

JAWI TAHUN 5 ADAB2 BERIADAH

https://docs.google.com/presentation/d/e/2PACX-1vTIfhfGv4nHQX4xC3k8Tbs0-Kbqo3ojHJhmQXw7Ow-oAzgEKYN9Ccxnmak3bYvpOMTlV5vLA8gjst48/pub?start=true&loop=true&delayms=60000

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 (ULUM) TAYAMUM

https://docs.google.com/presentation/d/e/2PACX-1vRjY3yhteYHDsm7Hx-aBq0eit_2a7xf77RTZoToNpmajc3kPQPkcNgKT7s44QwJhoJUPwPAlgxfdwIT/pub?start=true&loop=true&delayms=60000

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 (ULUM) TAYAMUM

https://docs.google.com/presentation/d/e/2PACX-1vQ13vJsKDtUngnQXZu93qm5JiKC_LyHvO_8zacn24qjDiTjQ746hgghI71T3A9TpICmYZhR8bfZZsyc/pub?start=true&loop=true&delayms=30000

PERINGATAN PADA GOLONGAN YANG GILA PANGKAT DAN JAWATAN



Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan sejurus dilantik sebagai khalifah mengingatkan:”Wahai manusia meskipun aku telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku.”

Berdasarkan hujah-hujah yang dinyatakan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kita dilarang memilih seseorang yang meminta dirinya diangkat menjadi pemimpin. Sebaliknya, pilihlah seseorang menjadi pemimpin yang akan memegang tampuk kepimpinan berdasarkan kewibawaannya; beriman, berintegriti dan berilmu pengetahuan yang luas.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nur, ayat 55 yang bermaksud: “Allah SWT menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih di kalangan kamu, bahawa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, seperti mana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka selaku khalifah yang berkuasa.”

perbezaan antara sifat ma'ani dan ma'nawiyyah-Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan


Soalan: Apakah perbezaan antara sifat ma'ani dan ma'nawiyyah?

Mukadimah

Bagi memudahkan pemahaman masyarakat berhubung akidah, para ulama’ memberi perhatian kepada beberapa sifat-sifat penting yang wajib diimani bagi setiap Muslim agar pemahaman berkenaan hal ketuhanan dapat dicerna dengan baik.

Sifat 20 disusun agak lewat dalam perkembangan mazhab Asya’irah. Boleh dikatakan, ia datang pada peringkat dan era-era terakhir dalam penyusunan perbahasan ketuhanan mengikut mazhab Asya’irah. Sifat 20 ini dihimpunkan oleh Imam al-Sanusi dalam karyanya Umm al-Barahin dan disyarahkan oleh ramai para ulama’ seluruh dunia. Sebelum Imam al-Sanusi, perbincangan sifat-sifat Allah SWT telah pun dinyatakan dalam buku-buku mereka. Antaranya Imam al-Haramain al-Juwaini[1] membahagikan sifat-sifat Allah kepada sifat nafsiyyah dan sifat ma’nawiyyah[2] manakala Imam Fakhruddin al-Razi pula membahagikan sifat-sifat Allah kepada salbiyyah, idhafiyyah dan haqiqiyyah.[3]
Perbahasan sifat-sifat Allah pada peringkat awal, terutamanya pada zaman Imam Abu Hasan al-Ash’ari lebih menekankan sifat-sifat asas yang disebutkan di dalam al-Qur’an iaitu qudrah, iradah, ‘ilm, hayah, sama’, basar dan kalam. 7 sifat ini adalah sifat wajib yang berada dalam zat Allah. Sifat inilah yang dinamakan sifat ma’ani yang akan kami huraikan pada kali ini dan perbezaannya dengan sifat ma’nawiyyah. Empat bahagian sifat yang di susun oleh Imam al-Sanusi adalah sifat nafsiyyah, sifat salbiyyah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyyah.



Definisi Sifat Ma’ani

Sifat ma’ani adalah tiap-tiap sifat yang wujud, berdiri dengan kewujudan-Nya yang mewajibkan baginya hukum. Terdapat takrif lain iaitu “Apa yang menunjukkan atas makna yang ada yang berdiri dengan Zat.[4] Secara mudahnya, ia bermakna 7 sifat itu berdiri sendiri dengan zat-Nya dan ia mewajibkan segala ketetapan bagi 7 sifat ma’ani iaitu sifat ma’nawiyyah.

Imam al-Sanusi berkata:

ثُمَّ يَجِبُ لَهُ تَعَالَى سَبْعُ صِفَاتٍ تُسَمَّى صِفَاتِ الْمَعَانِى
Maksudnya: Kemudian, wajib bagi-Nya 7 sifat yang dinamakan sifat ma’ani.
Sifat ma’ani tersebut adalah qudrah (Maha Berkuasa), iradah (Maha Berkehendak), ‘ilm (Maha Mengetahui), hayah (Maha Hidup), sama’ (Maha Mendengar), basar (Maha Melihat) dan kalam (Maha Berkata-kata).
Para ulama’ Asya’irah menamakannya sebagai sifat ma’ani bagi merujuk kepada hakikat yang benar-benar wujud pada zat Allah iaitu 7 sifat utama; qudrah, iradah, ‘ilm, hayah, sama’, basar dan kalam.[5]
Al-Imam al-Baijuri dalam Hasyiahnya menyebut, “Ketahuilah bahawa sifat ma’ani dari sudut ta’alluq[6] dan tiadanya, begitu juga umum ta’alluq bagi wajib, harus dan mustahil dan khususnya dengan yang mumkinat atau yang maujudat, terbahagi kepada 4:

  • Yang berta’alluq dengan mumkinat iaitu sifat qudrah dan iradah tetapi ta’alluq bagi sifat yang pertama iaitu qudrah adalah ta’alluq ijad (mengadakan) dan i’dam (mentiadakan). Sedangkan ta’alluq yang kedua (sifat iradah) adalah ta’alluq takhsis (menentukannya).
  • Yang berta’alluq dengan yang wajib, harus dan mustahil iaitu sifat ‘ilmu dan kalam. Tetapi, ta’alluq bagi sifat yang pertama iaitu ilmu adalah ta’alluq inkisyaf (terbuka). Sedangkan ta’alluq bagi sifat yang kedua iaitu kalam ialah ta’alluq dalalah iaitu petunjuk.
  • Yang berta’alluq dengan segala yang maujud iaitu sama’, basar dan juga (idrak)[7] jika ada yang berpendapat demikian.
  • Yang berta’alluq dengan sesuatu iaitu
Mengetahui semua ta’alluq bukanlah wajib ke atas mukallaf kerana ia termasuk daripada perkara yang rumit dalam ilmu kalam sebagaimana yang dinukilkan Syeikh al-Barawi[8] daripada Sayyidi Muhammad al-Saghir dan disebutkan oleh al-Syeikh al-Shanwani.[9]

Definisi Sifat Ma’nawiyyah

Kami nyatakan di sini beberapa takrif. Antaranya:
  • Sifat ma’nawiyyah pula adalah sifat-sifat yang wujud disebabkan adanya sifat ma’ani. Dengan kata lain, sifat ma’nawiyyah adalah sifat yang wujud kerana adanya sifat ma’ani.
  • Juga dikatakan sifat ma’nawiyyah merupakan nazariyyah ahwal disisi Abi Hashim al-Mu’tazili.[10] Contohnya, apabila ada sifat ‘ilm pada zat Allah, maka kesannya adalah keadaan Allah yang bersifat dengan sifat berilmu (kaunuhu ‘aliman).
  • Al-Baqillani berkata: “Setiap sifat bagi yang maujud yang tidak bersifat dengan wujud, maka ia adalah hal. Samada dari segi makna yang wajib itu daripada yang mensyaratkan pada thabitnya hayah (hidup) atau yang tidak disyaratkan, seperti contoh keadaan yang hidup itu adalah hidup. Lihat Nihayat al-Iqdam, hal. 45.
  • Mengikut al-Iji, “Ia adalah perantara antara yang maujud dan tiada.” Lihat al-Mawaqif, 1/279.
Menurut Imam al-Sanusi,
ثُمَّ سَبْعُ صِفَاتٍ تُسَمَّى صِفَاتٍ مَعْنَوِيَّةً وَهِيَ مُلَازَمَةٌ لِلسَّبْعِ الْأُوْلَى
Maksudnya: “Kemudian 7 sifat yang dinamakan sifat ma’nawiyyah yang melazimkan 7 sifat terawal (ma’ani).”
Sifat tersebut adalah kaunuhu qadiran (keadaan-Nya yang Berkuasa), kaunuhu muridan (keadaan-Nya yang Berkehendak), kaunuhu ‘aliman (keadaan-Nya yang Mengetahui), kaunuhu hayyan (keadaan-Nya yang Hidup), kaunuhu sami’an (keadaan-Nya yang Mendengar), kaunuhu basiran (keadaan-Nya yang Melihat), kaunuhu mutakalliman (keadaan-Nya yang Berkata-kata).

Perbezaan Antara Sifat Ma’ani dan Ma’nawiyyah

Sifat ma’ani bukan zat Allah itu sendiri tetapi ianya sifat yang berdiri dengan Zat-Nya. Oleh itu, ia dikenali sebagai sifat Zat manakala sifat ma’nawiyyah pula adalah sifat perbuatan yang keluar daripada Zat-Nya. Terdapat beberapa perbezaan antara kedua sifat ini walaupun ada sebahagian ulama’ menyamakan sahaja antara keduanya. Perbezaannya adalah:

  • Sifat ma’ani adalah usul dan sifat ma’nawiyyah adalah pecahan daripadanya.[11]
  • Sifat ma’ani adalah sebab (‘illah) dan sifat ma’nawiyyah adalah kesan (ma’lul).
  • Sifat ma’ani adalah sifat yang ada pada Zat Allah yang sesuai dengan kesempurnaan-Nya. Manakala sifat ma’nawiyyah sifat yang sentiasa tetap ada pada Zat Allah dan tidak mungkin pada satu ketika, Allah SWT tidak bersifat sedemikian
  • Sifat ma’ani adalah sifat wujudiyyah yang diterima pada akal zihin dan luarnya sedangkan sifat ma’nawiyyah pula merupakan sifat yang thabit diterima pada akal zihin dan tidak pada luarnya. Lihat Tahzib Syarh al-Sanusiyyah, hal. 43.
Kami nyatakan di sini apa yang disebut oleh al-Baijuri, “Ini kerana mengira bilangan sifat ma’nawiyyah sesungguhnya seiringan mengikut pendapat yang menthabitkan ahwal iaitu sifat yang tiada wujud dan tiada ada. Bahkan perantaraan antara wujud dan tiada.” Inilah pandangan Imam al-Sanusi dalam al-Sughra yang berkata…”Yang terpilih di sisi ahli tahqiq bahawa ia adalah bukan hal kerana sesungguhnya hal itu bersifat mustahil.”[12]
 Untuk contoh yang lebih mudah difahami, Allah SWT mempunyai sifat Zat iaitu al-Rizq. Dengan sifat tersebut, Dia memberi rezeki kepada seluruh alam. Perbuatan memberi itulah yang disifatkan dengan sifat perbuatan iaitu al-Raziq (Maha Pemberi Rezeki).

Penutup

Kami berpendapat bahawa sifat ma’ani seperti qudrah, lazim daripadanya atau mesti juga bersifat keadaan-Nya berqudrah daripada sifat ma’nawiyyah. Dan yang thabit daripada sifat yang berdiri dengan Zat ialah 7 sifat ma’anit. Adapun sifat ma’nawiyyah lebih kepada ta’bir wujudnya sifat makna kepada Zat dan ramai tokoh seperti al-Qadhi al-Baqillani[13] dan juga Imam al-Sanusi telah mengira sifat ma’nawiyyah termasuk daripad Sifat 20 sekalipun Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari Rahimahullah sendiri tidak mengiranya. Sesungguhnya, kesemua apa yang dibahaskan di atas, tidak lain hanyalah diambilnya sumbernya daripada al-Qur’an dan al-Hadis. Kami sedaya upaya mempermudahkan perbahasan ini supaya dapat difahami oleh masyarakat awam dan menjadi satu panduan serta ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan kita selaku umat Islam.
Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

______________________________
[1] Imam al-Juwaini yang juga dikenali dengan nama Imam al-Haramain, mempunyai nama lengkap Abu al-Ma'ali Abd al-Malik bin Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf bin Abdullah bin Yusuf bin Muhammad bin Hayyuyah al-Juwaini. Seorang ahli Usul dan Fiqh yang bermazhab Syafie. Digelar Imam al-Haramain kerana beliau pernah menetap di Mekah dan Madinah selama empat tahun untuk belajar, berfatwa dan mengumpulkan metodologi-metodologi mazhab. Beliau dilahirkan pada tanggal 18 Muharram 419 H.
[2] Al-‘Aqidah al-Nizamiyyah, hal. 23.
[3] Al-Matalib al-‘Aliyyah, 1/294
[4] Tahzib Syarh al-Sanusiyyah, hal. 43
[5] Nuh Ali Salman al-Qudhah, al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh Jauharah al-Tauhid, hal. 60.
[6] Al-Sawi berkata, “Ketahuilah sifat wujudiyyah terbahagi kepada dua; ada yang berta’alluq dan ada yang tidak berta’alluq. Sifat yang berta’alluq membawa kepada tambahan perkara pada qiyam pada tempatnya. Seperti qudrah, ia membawa kepada yang dikuasainya. Lihat Syarah al-Sawi ‘ala Jauharah al-Tauhid, hal. 194-195.
[7] Seperti kata dalam Jauharah al-Tauhid
فَهلْ لَـهُ إِدْرَاكٌ أًوْ لاَ خُلْـفُ  وَعِنْـدَ قَـوْمٍ صَـحَّ فِيـهِ الْوَقْـفُ
Adakah bagi-Nya sifat idrak atau tidak, menjadi khilaf.
Di sisi sebahagian ulama’ yang sahih padanya adalah pendapat tawaqquf.
Antara yang mengithbatkannya adalah al-Qadhi al-Baqillani dan Imam al-Haramain. Sedangkan pendapat yang bertawaqquf ialah Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Fihri al-Syafie, Ibn al-Tilmisani dan sebahagian ulama muta’akhkhirin. Lihat Tuhfah al-Murid, hal. 135-136.
[8] Beliau ialah Syeikh Isa bin Ahmad bin Isa al-Azhari, seorang ulama’ dan faqih bermazhab Syafie yang unggul. Belajar di al-Azhar dan meninggal dunia pada tahun 1182H. Antara karyanya Hasyiah ala Syarh Jauharah al-Tauhid. Lihat al-A’lam, 5/10.
[9] Tuhfat al-Murid ala Jauharah al-Tauhid, hal. 142.
[10] Tahzib Syarh al-Sanusiyyah, hal. 43
[11] Ilm al-Tauhid fi Dhau’ al-‘Aql wa al-Naql, hal. 252.
[12] Tuhfat al-Murid, hal. 69.
[13] Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Thayyib bin Muhammad bin Ja'far bin al-Qasim, yang lebih dikenal dengan al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani, di samping sebagai mutakkalim, beliau juga ahli Usul Fiqh. Lahir di Basrah dan menetap di Baghdad. Tahun kelahirannya tidak ada sumber yang pasti menyebutnya.

SIFAT WAJIB ALLAH ITU TERBAHAGI 4


SIFAT WAJIB ALLAH ITU TERBAHAGI  4

Sifat-sifat Allah tidak terbilang banyaknya. Semua sifat Allah adalah maha sempurna lagi layak bagi sifat ketuhananNya. Sifat Allah yang wajib diketahui dan dikenal ada 20 sifat.

Sifat wajib yang 20 ini terbagi kepada 4 iaitu:-

                    1) Sifat Nafsiah
                    2) Sifat Salbiah
                    3) Sifat Ma'ani
                    4) Sifat Ma'nawiyah


Sifat Nafsiah

Sifat nafsiah merujuk kepada Diri (Zat) Allah. Sifat nafsiah ada 1 sahaja iaitu sifat  Wujud.

Sifat wujud merujuk kepada Diri (Zat) Allah yang ada. Zat Allah itu ghaib dan tidak boleh dilihat makhluk hingga ke akhirat. Hanya ahli Syurga sahaja yang akan dapat  melihat Allah dengan mata sendiri. Inilah nikmat terbesar yang dijanjikan Allah untuk hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Zat Allah yang ghaib itu wujud. Dikatakan bahawa sifat nafsiah ini tidak maujud (tidak ada) pada mata iaitu tidak dapat dilihat mata kasar. Namum ia maujud (ada) pada akal iaitu akal dapat menerima bahawa Zat Allah itu wujud. Jika Allah tidak wujud ertinya Allah itu bersifat adam (tiada). Ini adalah mustahil pada akal kerana tidak mungkin alam terjadi tanpa ada yang menjadikannnya. Yang menjadikan alam ialah Allah. Maka logik akal menerima Diri Allah itu wujud.


Sifat Salbiah

Sifat Salbiah menolak atau menafikan sifat-sifat yang tidak layak pada Diri Allah. Sifat salbiah ada 5 :-

                    1) Qidam - sedia ada
                    2) Baqa' - kekal
                    3) Mukhalafatuhu lil hawadits - tidak sama dengan yang baharu
                    4) Kiamuhu binafsi - berdiri dengan sendirinya
                    5) Wahdania - esa


Sifat salbiah itu tidak maujud (tidak ada) pada mata ertinya tidak dapat dilihat kesannya dengan mata kasar. Sifat Salbiah juga tidak maujud (tidak ada) pada akal ertinya tidak dapat difahami dan difikirkan akal.


Qidam

Allah sedia adanya. Allah tidak ada permulaan. Allah tidak dijadikan. Allah tidak dari sesuatu. Sifat qidam menafikan dan menolak bahawa Allah itu ada permulaan (dari tidak ada menjadi ada) atau Allah dijadikan dari sesuatu.

Baqa'

Allah adalah kekal. Allah tidak berubah. Allah tidak akan musnah. Sifat baqa' menafikan dan menolak bahawa Allah itu berubah iaitu dari tiada menjadi ada, atau dari kecil menjadi besar, atau dari muda menjadi tua dan seterusnya. Sifat baqa' juga menolak Allah ada kesudahannya (musnah). Allah tidak berubah maka Allah akan kekal berterusan tanpa awal tanpa akhir.

Mukhlafatuhu lil hawadits

Allah tidak bersifat baharu. Sifat baharu adalah sifat alam (makhluk). Allah tidak sama dengan makhluk. Maka sifat mukhalafatuhu lil hawadits menafikan dan menolak bahawa Allah bersifat sama dengan makhluk (alam).

Kiamuhu binafsi

Allah berdiri dengan sendirinya bererti Allah tidak perlu kepada sesuatu. Allah tidak perlu kepada tempat. Allah tidak perlu kepada masa. Segala sesuatu adalah ciptaan Allah. Allah tidak perlu kepada apa yang diciptakanNya. Sifat kiamuhu binafsi menafikan dan menolak bahawa Allah perlu kepada sesuatu.

Wahdania

Allah itu esa atau tunggal. Tidak ada yang sama seperti Allah. Sifat wahdania menafikan dan menolak bahawa ada yang lain yang sama seperti Allah.

Sifat-sifat salbiah yang 5 ini tidak memberi kesan pada alam maka mata makhluk tidak dapat melihatnya. Sifat-sifat salbiah yang 5 ini tidak ada (mustahil ada) pada makhluk (alam). Sesuatu yang mustahil ada pada alam tidak akan dapat difikirkan akal kerana akal adalah alam. Akal tidak dapat berfikir sesuatu yang di luar alam.

Sifat Ma'ani

Sifat ma'ani ialah sifat-sifat Allah yang maujud (ada) pada mata dan maujud (ada) pada akal. Ertinya sifat-sifat ma'ani dapat dilihat oleh mata kesan-kesannya di alam ini dan dapat difikirkan dan diterima akal. Sifat-sifat ma'ani ada 7 iaitu:-

                    1) Qudrah - berkuasa
                    2) Iradah - berkehendak
                    3) Ilmu - mengetahui
                    4) Hayat - hidup
                    5) Sama' - mendengar
                    6) Basar - melihat
                    7) kalam - berkata-kata


Kejadian pada alam ini adalah tanda atau kesan dari sifat-sifat ma'ani yang 7. Adanya alam ini adalah tanda kekuasan Allah. Allah berkuasa melakukan apa yang dikehedakiNya. Menjadikan alam adalah kehendak Allah. Alam dapat dlihat oleh sekelian manusia.


Kehebatan ciptaan alam adalah tanda bahawa ia dijadikan oleh yang maha tinggi ilmu pengetahuannya. Yang menjadikan alam tentunya hidup mustahil mati. Segala bunyi-bunyian dan berbagai jenis suara adalah tanda yang mencipta bunyi dan suara itu adalah maha mendengar kerana mustahil bagi yang tidak boleh mendengar dapat mencipta bunyi dan suara yang tidak terbatas bilangannya. Segala rupa bentuk dan warna-warni pada alam adalah tanda yang menjadikan alam adalah maha melihat kerana yang tidak boleh melihat mustahil boleh mencipta bentuk dan warna yang tidak terbilang banyaknya.


Alam sentiada bergerak dengan tepat dan jitu. Setiap hari matahari akan terbit dari timur dan terbenam di arah barat. Siang dan malam silih berganti tanpa henti. Awan menurunkan  hujan. Bumi dan lautan mengeluarkan berbagai jenis makanan untuk manusia. Dan berbagai lagi kejadian yang sentiasa berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari. Ini semua adalah tanda sifat kalam Allah itu Allah sentiasa berkata-kata (mengeluarkan perintah) kepada alam supaya berfungsi dan bergerak dengan taat.


Tanda-tanda alam ini adalah kesan dari sifat-sifat ma'ani Allah yang 7. Ia dapat dilihat dengan terang dan jelas oleh mata dan akal juga dapat menerima sifat-sifat ma'ani kerana mustahil bagi yang mencipta alam tidak berkuasa, tidak berkehendak, tidak ada ilmu, tidak hidup, tidak mendengar, tidak melihat dan tidak berkata-kata.


Sifat Ma'nawiyah

Sifat ma'nawiyah ialah sifat yang menegaskan sifat-sifat ma'ani ada pada Diri (Zat) Allah bukan pada pacaindera atau perantaraan. Maka apabila dikatakan Allah itu melihat ertinya yang melihat adalah Diri Allah bukan mata Allah. Diri Allah yang mendengar bukan telinga Allah. Diri Allah yang berkata-kata bukan lidah atau suara Allah.

Diri Allah yang berkendak dan Diri Allah yang berkuasa untuk melaksanakan kehendakNya tanpa perlu kepada sesuatu pertolongan atau perantaraan. Diri Allah hidup tanpa perlu kepada pernafasan dan tidak perlu makan dan minum. Diri Allah mengetahui setiap sesuatu tanpa perlu kepada ilmu pengetahuan.

Sifat ma'nawiyah adalah sifat-sifat Diri (Zat) Allah. Diri Allah adalah ghaib dan tidak dapat dilihat mata. Maka sifat ma'nawiyah tidak maujud (tidak ada) ada pada mata ertinya tidak boleh dilihat mata tetapi ia maujud pada akal iaitu ia dapat diterima akal.

Sifat ma'nawiyah ada 7 iaitu:-

                    1) Kaunuhu Qadiran - keadaan Diri Allah Berkuasa
                    2) Kaunuhu Muridan - keadaan Diri Allah Berkehendak
                    3) Kaunuhu Aliman - keadaan Diri Allah Mengetahui
                    4) Kaunuhu Haiyan - keadaan Diri Allah Hidup
                    5) Kaunuhu Sami'an - keadaan Diri Allah Mendengar
                    6) Kaunuhu Basiran - keadaan Diri Allah Melihat
                    7) Kaunuhu Mutakaliman - keadaan Diri Allah Berkata-kata

Khamis, 20 Februari 2020

Hati bersih penentu akhlak mulia-Ustaz Firdaus Subhi


SESUNGGUHNYA anggota tubuh yang diciptakan paling mulia dalam diri manusia ialah hati (kalbu). Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (Surah AnNahl, ayat 78). Allah SWT menyebut tiga perkataan ini dalam Al-Quran sebanyak 132 kali yang menggambarkan kepentingannya kepada manusia.

Menerusi rancangan Islam itu Indah, Ustaz Firdaus Subhi, berkata ulama tafsir menegaskan tiga perkataan, iaitu pendengaran, penglihatan dan hati yang Allah sebutkan paling kerap dalam al-Quran kerana ia adalah pintu kepada segala maklumat dan ilmu yang menyentuh kehidupan manusia.

Melalui telinga Mukmin memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan untuk bertindak dengan setiap ilmu yang didapati. Begitu juga dengan mata, Mukmin dapat melakukan perkara yang membawa kebaikan kepadanya dan umat lain di muka bumi ini. Tidak kurang pula dengan hati kerana kalbu memberikan Mukmin ketakwaan dan kecintaan kepada Allah SWT. Dari hati juga, Allah SWT memberikan ilham kepada Mukmin membuat penilaian dan perbezaan antara perkara baik dan buruk yang akan membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain seperti haiwan.

Pelihara hati

Sesungguhnya hati ibarat raja bagi anggota tubuh dan ketua dalam segala bentuk kehidupan manusia. Jika baik hati itu, maka baiklah kehidupan seseorang Mukmin tetapi jika buruk atau rosak hati itu, maka punah seluruh anggota tubuh dan kehidupan Mukmin. Memelihara hati bukan seperti memelihara anggota badan yang lain, merawat hati perlu kepada ketakwaan dan keampunan dari Allah SWT kerana hati yang selalu subur dengan mengingati Allah akan sentiasa terpelihara oleh rahmat Allah SWT.
Apakah hati kita sihat atau sebaliknya? Hati yang sihat atau sakit dapat dilihat melalui perbuatan dan kata-kata seseorang mukmin. Orang yang hatinya subur dengan kebaikan terserlah melalui akhlak yang indah dan disenangi orang sekeliling manakala Allah reda ke atasnya. Orang yang hatinya bermasalah, kotor, sakit dan tidak bersih juga diterjemah melalui perbuatan buruk, tidak beramal soleh bahkan tidak memberi kebaikan kepada dirinya dan orang sekeliling.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang yang sebelumnya diturunkan al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang yang fasik." (Surah Al-Hadid, ayat 16)

Dekatkan diri dengan Al-Quran

Jelas, bagi hati yang keras, sungguh banyak waktu yang dimiliki tetapi tidak disibukkan dengan mendekatkan diri dengan ayat-ayat Allah. Bahkan, hati tidak terdidik dengan ilmu agama sehingga menjadi keras dan menyebabkan hati menjadi hitam untuk menerima ilmu dan kebaikan. Hati yang keras akan cenderung kepada perkara yang mengundang dosa, perbuatan sia-sia dan mungkar.

Allah mengulangibanyak kali bagi mengingatkan kita dalam Al-Quran bahawa bertapa celaka dan rugilah bagi orang Mukmin yang hatinya keras untuk beramal soleh dengan amalan yang mendekatkan diri mereka dengan Allah.

Amatlah Berbeza dengan Mukmin yang hatinya jernih dengan titik kebaikan, akan dengan mudah menerima ilmu dan taat akan agama Allah. Orang yang hatinya bersih akan tersisih dari perkara yang dilarang bahkan hanya terarah kepada perbuatan yang hanya mendatangkan pahala Allah SWT.

Setiap Mukmin perlu sentiasa berusaha mencari jalan bagi mendidik dan merawat hati kerana hati yang sentiasa dirawat dan disuburkan dengan amalan soleh mudah tunduk akan setiap perintah Allah.

Bahkan hati yang lembut akan mudah memperoleh ketenangan yang membuatkan dirinya menjadi hamba yang beramal soleh.


PENDIDIKAN ISLAM MARI BELAJAR TAJWID

https://docs.google.com/presentation/d/e/2PACX-1vSgMkXxBaFs-7S9Ip6iSX-P7jRpu0-WvTKpsSpu6u5OTTuGoVxA9YJlGfPa_bsvQepeQyzki0u-gryY/pub?start=true&loop=true&delayms=60000

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 (ULUM) AQIDAH (ALLAH BERSIFAT ILMU)

https://docs.google.com/presentation/d/e/2PACX-1vQ-N_iLAQ6vzSC0rzGAsqdv70MVPhbRwyTQuAr5brinChtcX2g8UfzNNihyUuPu1vGhnTh2CU2k9kP7/pub?start=true&loop=true&delayms=10000

Rabu, 19 Februari 2020

Kepentingan Hijrah


Kepentingan Hijrah

1. Hijrah membolehkan kegiatan dakwah dan amalan ibadat dilakukan secara bebas tanpa sebarang halangan.

a) Sebelum hijrah, kegiatan dakwah dan amalan ibadat Islam tersekat akibat tentangan kaum Quraisy Makkah,

b) MAdinah dijadikan pusat menyebaran Islam yang baru.

2. Hijrah telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum,budaya dan agama.

a) Sebelum hijrah, amalan konsep assabiah memecahbelahkan masyarakat Arab.

b) Suku Aus dan Khazraj yang sering bergaduh atas perkara yang kecil akhirnya dapat disatukan.

3. Hijrah berjaya mewujudkan persaudaraan Islam yang erat.

a) Ini jelas ditonjolkan oleh kesediaan orang Islam Madinah memberikan bantuan kepeada orang Islam yang berhijrah dari Makkah.

b) Orang Islam Madinah telah diberi gelaran golongan Ansar oleh Nabi MUhammad s.a.w. sementara orang Islam dari Makkah diberi gelaran golongan Muhajirin.

c) Akibatnya orang Islam yang berhijrah ke Madinah dapat menyesuaikan diri dengan cepat di Madinah tanpa berasa asing atau rendah diri.

4. Sikap toleransi dan tolong-menolong antara kauim selanjutnya membolehkan wujudnya kehidupan yang harmoni dan masyarakat yang cemerlang di MAdinah.

a) Nama Yathrib telah ditukar kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksub kota bercahaya.
b) Madinah telah menjadikan pusat tamadun dan penyebaran ISlam yang baru.
c) Keadaan ini hanya dapat diwujudkan akibat pengorbanan dan sokongan pelbagai pihak seperti yang dilakukan oleh golongan Ansar, ara sahabat nabi dan NAbi MUhammad s.a.w.

Golongan Ansar:

a) Sanggup memberi tempat tinggal, makanan dan keperluan asas kepada orang Muhajirin.

b) Mereka sanggup menerima orang Muhajirin sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah.

Sahabat-sahabat Nabi MUhammad s.a.w.

a) Abu Bakar al-Siddiq bergadai nyawa dan harta untuk melindungi baginda semasa berhijrah.

b) Pada malam penghijrahan , ALi bin Abu Talib sanggup tidur di tempat baginda untuk mengelirukan orang Arab Quraisy.

c) Abdul Rahman din Auf sanggup menyumbangkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam yang miskin.

5) Hijrah juga telah menonjolkan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengatur strategi.

a) Baginda tidak pergi terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur untuk bersetika. 

b) Baginda menggunakan jalan lain dahulu, iaitu ke Tihamah (bahagian Laut Merah) di selatan Makkah sebelum ke Madinah di utara Makkah.

6) Hijrah juga menonjolkan peranan besar yang dimainkan kaum wanita. 

a) Mereka tidak sahaja berperanan sebagai suri rumah tetapi terlibat bersama untuk memajukan Negara Islam.

b)Asma (puteri Abu Bakar al-Siddiq) bertindak sebagai penghantar makanan dan berita kepada Nabi Muhammad s.a.w.ketika baginda bersembunyi di Gua Thur. ini jelas merupakan satu misi yang bahaya.

7. Kiraan tahun hijrah dalam takwin Islam telah diwujudkan sempena peristiwa hijrah.

a)Tawin atau kalendar hijrah ini telah mula digunakan sejak pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang kedua , iaitu Khalifah Umar bin-Kahattab.

b)Setiap tahun sambutan ‘Maal Hijrah’ diadakan untuk memperingati perjuangan yang penting ini.

8.Negara Islam dibina Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah. A ntara cirri-ciri Negara Islam yang pertama ini ialah;

a)Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf sebagai ketua agama, tentera dan Negara.
b)Undang-undang atau syarifah Islam dilaksanakan sepenuhnya.
c)Semua rakyat Negara Islam diberi perindungan serta hak yang saksama.
d)Kuam wanita diberi pembelaan sewajarnya.
e)Penindasan oleh golongan kaya dan kuat keatas golongan miskin dan lemah dibendung.

9.Majsid al-Nabawi dibina dan sejak masjid merupakan institusi agama Islam yang penting.

a)Masjid bukan sahaja merupakan tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat aktiviti orang Islam di mana semua aspek kehidupan masyarakat dan Negara dibincang.
b)Masjid juga meru pakan tempat pendidikan dan tempat aktiviti harian seperti berjual beli juga di sediakan di sekitar mas.

Kepentingan Hijrah

Kepentingan Hijrah

Bincangkan Kepentingan Hijrah Dalam Tamadun Islam.
Pendahuluan :
  • Hijrah dari Mekah ke Madinah.
  • Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
  • Dalam sejarah Islam : berpindah dari Mekah ke Madinah.
  • Dalam konteks lain : berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
  • Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
  • Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
  • Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
  • Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.
Isi-isi  :
Kepentingan Hijrah :
Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah :
  • Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
  • Melepasi sempadan Mekah Madinah
Penyebaran Islam Semakin Meluas :
  • Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
  • Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
  • Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. :
  • Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
  • Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah
Pertumbuhan Umat Islam :
  • Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
  • Umat Islam semakin kukuh.
Penubuhan Negara Islam :
  • Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
  • Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah :
  • Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar :
  • Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.
Permulaan Kalendar Hijrah :
  • Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem
  • kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.
Perubahan Dasar Politik :
  • Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.
Kesimpulan :
Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.

Kepentingan Hijrah


Kepentingan Hijrah

Bincangkan Kepentingan Hijrah Dalam Tamadun Islam.

Pendahuluan :
  • Hijrah dari Mekah ke Madinah.
  • Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
  • Dalam sejarah Islam : berpindah dari Mekah ke Madinah.
  • Dalam konteks lain : berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
  • Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
  • Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
  • Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
  • Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.
Isi-isi  :

Kepentingan Hijrah :

Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah :
  • Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
  • Melepasi sempadan Mekah Madinah
Penyebaran Islam Semakin Meluas :

  • Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
  • Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
  • Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. :

  • Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
  • Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah
Pertumbuhan Umat Islam :

  • Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
  • Umat Islam semakin kukuh.
Penubuhan Negara Islam :

  • Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
  • Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah :

  • Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar :

  • Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.
Permulaan Kalendar Hijrah :

  • Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem
  • kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.
Perubahan Dasar Politik :

  • Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.

Kesimpulan :
Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.

MENERAJUI KESEJAHTERAAN SELANGOR