Malaysia segar dan ceria tanpa DAP. Selepas kejatuhan ini
sukar lagi untuk DAP bangun. Ini adalah kerana kemenangan sebentar yg diberikan
Allah kpd DAP itu ialah untuk memperkenalkan wajah DAP yg sebenar kpd rakyat
Malaysia. Kini rakyat malaysia sudah kenal DAP. Lalu Allah kalah kan DAp
kembali. Apakah rakyat malaysia masih mahukan DAP?.
Allah berikan PKR kemenangan bersama PH. Untuk Ahli Pas
kenal PKR dan Anwar. Betapa angkuhnya Anwar mebelasah PAS dan TGHH, org yg
pernah satu ketika memapah beliau dari lembah penghinaan. Itu lah aturan
takdir Allah.
Allah kalahkan UMNO dan BN dlm pru 14 agar UMNO dapat
mengenal PAS secara lebih dekat dan PAS dapat mengenal UMNO. Lalu Allah tautkan
hati2 PAS dan UMNO atas kepentingan agama, bangsa dan Negara. Indah sungguh
percaturan Allah.
Allah pecahkan PKR terbelah dua dan Bersatu keluar
sepenuhnya dari PH agar PH lumpuh dan tumbang. Allah tumbangkan PH untuk
menyelamatkan rakyat dan negara ini dari ideologi tanpa tuhan yg sedang cuba
disebarluaskan oleh DAP.
Allah berikan PAN kemenangan besar bersama DAP dan PH. Sehingga
mereka merasakan tindakan mereka keluar dari PAS adalah satu tindakan yg benar.
Kalau mereka salah masakan Allah berikan mereka kemenangan secepat itu.
Sehingga mereka merasakan tindakan keluar dari PAS itu satu tindakan yg tepat
dan melanggar baiah itu tiada salahnya pada agama. Lalu semakin bersemangatlah
mereka membelasah PAS. Namun Allah Maha Bijaksana. Kini dengan tersungkurnya
DAP tiada lagi pohon untuk dedalu PAN menompang. Belum puas Pimpinan PAN
menyedut manisnya saripati dan madu jawatan menteri dan timbalan menteri, lalu
Allah sentap mereka dari kelopak segar menjadi layu serta merta. Allah Maha
Kuasa. Ianya pengajaran buat siapa yg gelojoh dan tidak ikhlas dlm perjuangan.
PAS..?. Begini lah PAS. Dlm apa situasi pun PAS akan terus
hidup. Kerana Rasul mengajar PAS, jagan sombong ketika menang dan jangan
berputus asa ketika kalah. Selagi Allah ada dlm hati para pejuang PAS, selagi
itu mereka akan terus hidup. Hatta jika di pancung sekalipun mereka tetap
hidup. Kerana syuhada itu tidak pernah mati.
Teman... Ternyata perjanjian Hudaibiyyah PAS dan UMNO telah
membawa kita kepada hampirnya Fathul Makkah. Ingat teman2... Jgn sekali2
sombong dengan kemenangan. Saat memasuki kota makkah bersama golongan muslimin
yg ramai, Rasulullah saw menundukkan kepalanya penuh tawadhuk sehingga janggut
baginda yg mulia mencecah bulu2 diatas tengkuk kudanya. Baginda berzikir,
memuja dan memuji Allah. Ingatlah semuanya dari Allah.
UMS
Pondok An Nuur Kuantan
25. Feb. 2020
Pondok An Nuur Kuantan
25. Feb. 2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan