Rabu, 19 Februari 2020

KERAJAAN ISLAM DI MADINAH


KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;
Memahami peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah dan kesannya

Aras 1
Menyatakan kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua

Menerangkan maksud Hijrah dalam Islam

Menyenaraikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah

Menyatakan kepentingan peristiwa Hijrah dalam sejarah Islam

Aras 2

Menghuraikan kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua

Menjelaskan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah

Menghuraikan kepentingan peristiwa Hijrah dalam sejarah Islam

Aras 3

Membuat justifikasi pendapat orientalis yang mentakrifkan Hijrah sebagai melarikan diri.

Merasionalkan konsep Hijrah dalam kehidupan masa kini:

1. a. Terangkan latar belakang kota Madinah secara ringkas.

Madinah terletak di utara Makkah dan merupakan kota yang penting bagi pedagang Arab sebelum kemunculan Islam. Kedudukannya yang strategik ditengah-tengah perjalanan di antara Makkah dan Syam telah mendorong pedagang luar mengunjunginya. Terdapat tiga golongan penduduk di Madinah iaitu, Nasrani,Yahudi dan Arab. Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa’dan Bani Nadhir. Golongan Arab pula terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.Suasana kehidupan di Madinah kurang aman disebabkan oleh pergeseran yang berlaku di kalangan suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi


.2. a. Ceritakan peristiwa yang menyebabkan Perjanjian Aqabah pertama ditandatangani.

Semasa dakwah Islamiah disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di kota Makkah, baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah yang terdiri daripadasuku Khazraj. Mereka telah menemui Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah dankemudian memeluk Islam. Sekembalinya mereka ke Madinah, mereka telahmenyebarkan Islam di kalangan masyarakat Madinah yang lain.Pada musim haji yang berikutnya, iaitu pada tahun 621 M., sekumpulan orangArab Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan khazraj telah mengunjungi NabiMuhammad s.a.w. sekali lagi. Menerusi pertemuan ini terjalinlah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Arab Madinah tersebut. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Aqabah Pertama.

b. Apakah pandangan Orientalis Barat tentang hijrah?Mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai suatu pelarian.c. Nyatakan hujah-hujah yang boleh kita gunakan untuk menyangkal pandangannegatif Orientalis Barat tersebut?

Empat hujah;

1.Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orangArab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua.

2.Ketibaan orang Islam Makkah juga telah disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah.

3.Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamintentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah.

4. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan bagindaditerima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukanIslam.

d. Ceritakan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah bermula setelah baginda berjayamelepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy terhadap rumah baginda.Sebelum itu, Ali bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda. Setelah keluar dari rumah, bagindatelah menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan tentang perintah Allah supaya baginda berhijrah. Namun, baginda dan Abu Bakar al-Siddiq telah bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan hijrah ke Madinah.Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat (belum memeluk Islam semasa menjadi jurupandu hijrah).

6. a. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah keMadinah.

 1. Perintah Allah menerusi wahyu. Dalam wahyu ini, Allah telah menyatakan niatdan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telahmemerintahkan baginda supaya segera berhijrah. (Surah al-Anfal)

2. Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah, ancamandaripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam. Walau bagaimanapun, penghijrahan itu bukan bererti yang orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w. untukmengembangkan Islam.

3. Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi konflik. Padaketika itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah sering bertelagah sesama sendiri danekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi. Oleh itu, orang Arab Madinahmemerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w. untukmengetuai kepimpinan mereka. Baginda juga diperlukan untuk mendamaikanmasyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.

7. a. Huraikan kepentingan hijrah.

 1. Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindunglagi, sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu.

2. Memberikan peluang kepada Nabi Muhammad s.a.w. mendamaikan suku Arabdi Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj, melaluisemangat persaudaraan sesama Islam.

3. Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orangIslam Madinah. Hubungan ini terjalin melalui sikap yang diperlihatkan olehorang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk . Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya telah memberikan gelaran Muhajirin kepadaorang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinahyang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar.

4. Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada suku, budaya danagama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Inisangat penting kerana dengannya masyarakat Madinah dapat menjalankankegiatan ekonomi, agama, dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dankemakmuran hidup.

5. Pembinaan sebuah masjid iaitu Masjid al-Nabawi. (Bagaimanapun, masjid yang
 pertama dibina dalam sejarah perkembangan Islam ialah Masjid Quba’). Masjid
telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagaitempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orangIslam. Di kawasan persekitaran masjid juga dibolehkan orang Islammengadakan aktiviti harian seperti berjual beli.

6. Wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah muladigunakan pada zaman Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar al-Khattab.

7. Nabi Muhammad s.a.w. telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya. Perubahan ini merupakan salah satu usaha baginda untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agamaIslam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik,ekonomi dan sosial.

8. Menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong bolehmelahirkan masyarakat cemerlang. Orang Madinah telah memberikan bantuanyang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Mereka sanggupmemberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yanglain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagiandaripada masyarakat Madinah.

9. Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat NabiMuhammad s.a.w. sendiri. Seperti Abu Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Talib danAbdul Rahman bin Auf.

10. Mempelihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selainsebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, puteri Abu Bakar al-
Siddiq, Asma’. Beliau telah berjaya membantu perjuangan
 Nabi Muhammad s.a.w. apabila beliau dengan beraninya telah menghantarmakanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada NabiMuhammad s.a.w. di Gua Thur walaupun, menyedari tindakannya berbahayaserta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar.

11. Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan. Semasa berhijrah, baginda tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu di Gua Thur. Baginda memilih jalan lain, iaitu jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran Laut Merah. Baginda berpendapat jalan ke Madinah menerusi utara Makkah kurang selamat.


Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;
Memahami kepentingan Piagam Madinah

Aras 1
Menyatakan prinsip-prinsip umum kandungan Piagam Madinah
Menyatakan kepentingan Piagam Madinah
Menerangkan usaha penyebaran Islam di Madinah

Aras 2
Menghuraikan prinsip-prinsip umum kandungan Piagam Madinah 
Menjelaskan kepentingan Piagam Madinah 
Menghuraikan penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w

Aras 3
Merasionalkan Piagam Madinah dalam konteks menjamin perpaduan kaum 
Merasionalkan penyebaran Islam bukan melalui kekerasan
Membandingkan keadaan masyarakat Arab sebelum dan selepas kedatangan Islam8. a. Apakah Piagam Madinah?
 Piagam Madinah atau sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulisyang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M., berpandukan wahyu Allah. Piagam madinah menjadi asas pemerintahan kerajaanIslam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukanIslam. Piagam ini mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negaradan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin danAnsar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain).

 b. Terangkan kandungan Piagam Madinah

Piagam Madinah mengandungi 47 fasal, 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka dan 24 fasal lagi adalahtentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadapnegara Madinah. Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara berdaulat.Kandungan PiagamMadinah boleh dirumuskan kepada tujuh aspek penting yangmerangkumi bidang politik, sosial dan ekonomi, iaitu dalam aspek pentadbiran,agama, sosial, perundangan, pertahanan, dan kedudukan kaum Yahudi sepertiyang tertera dalam jadual dibawah.


 Intisari kandungan Piagam Madinah

.Bil Perkara Rumusan

1. Politik

 Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah.

Baginda adalah sebagai hakim yangmenyelesaikan masalah yang timbul antaraorang Islam dengan orang bukan Islam.

2 Agama

Masyarakat Madinah bebas mengamalkanagama masing-masing.

Mereka bebas mengamalkan adat merekamasing-masing selagi tidak bertentangandengan Islam.

3 Sosial

Masyarakat Madinah dianggap sebagai satuummah dan mempunyai tanggungjawab yangsama terhadap negara.

Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhansesama sendiri.

4 Perundangan

Undang-undang Islam diguna pakai secaramenyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan didalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagitidak bertentangan dengan Islam.




5 Ekonomi

Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntutdemi memajukan ekonomi negara.

Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalamsistem perniagaan.



6 Pertahanan

Semua anggota masyarakat dikehendakimempertahankan Madinah daripada ancamanluar.




7 KedudukanYahudi

Keselamatan orang bukan Islam (khususnyaYahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.c. Jelaskan kepentingan Piagam Madinah.

1. Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskanummah, iaitu masyarakat yang hidup bersatu dan aman. Nilai hidup yangditanam adalah berasaskan semangat ukhuwah Islamiah. Taraf dankedudukan rakyat adalah sama. Dengan itu, konsep keadilan sosial telahdipraktikkan di Madinah. Dari segi hak, Islam telah menekankan persamaanhak dan persaudaraan Islam. Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat.

2. Menerusi pembentukan perlembagaan ini, masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah negara yangmempunyai undang-undang yang lengkap dan sempurna. Syariah Islam yangdiperkenalkan adalah adil.

3. Cara Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan sebuah kerajaan berbeza daripadacara yang dilakukan oleh pemimpin lain di dunia. Baginda menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan sebuah kerajaan. Disini menunjukkan bahawa masyarakat Madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan.Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakansistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi.

4. Piagam Madinah juga berjaya menyusun masyarakat yang sistematik. Setiapkaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan. Orang Yahudi,misalnya, tidak boleh menindas kaum Arab yang lain. Kesemua bangsa ada hakdalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidupyang menjadi panduan masyarakat. Mereka bertanggungjawab mempertahankankeselamatan Negara Madinah daripada serangan luar. Dengan adanya kerjasamadaripada semua masyarakat, negara Madinah menjadi kuat dan disegani olehnegara luar di sekitarnya dan di Semenanjung Tanah Arab.

9. a. Jelaskan strategi yang diatur oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan agama Islam.

 1. Strategi yang diatur oleh Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islamdengan menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi Mesir, Habsyah, danwilayah di sekitar Semenanjung Tanah Arab. Dalam menyebarkan Islam, NabiMuhammad s.a.w. tidak memaksa mereka memeluk lslam tetapi menggunakandiplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.

2. Selain menyeru mereka memeluk Islam menerusi warkah, baginda jugaingin mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut.


3. Oleh sebab orang Arab Quraisy cenderung untuk melakukan keganasandengan menyerang kafilah perdagangan Islam, Nabi Muhammad s.a.w, telahmengambil keputusan untuk membetulkan keadaan itu. Mengikut ajaran Islam, peperangan tidak dibenarkan kecuali bertujuan untuk mempertahankan maruahdiri, agama dan negara. Peperangan hanya boleh dilakukan dengan keizinanAllah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah............
Peperangan.
Di Madinah, sejak tahun 622M. atau 1H. sehinggalah pembukaan semula kotaMakkah pada tahun 630M. atau 8H., beberapa siri peperangan antara orangQuraisy Makkah dengan orang Islam Madinah telah berlaku. Peperangan tersebut ialah Perang Badar pada tahun 624M. / 2H., Perang Uhud pada tahun 625M. / 3H.,Perang Khandak 627M. / 5H., dan Perang Tabuk 630M. / 8H..Di Makkah, setelah beberapa lama ditindas oleh orang Arab Quraisy, Allah telahmemberikan keizinan kepada umat Islam untuk berperang, iaitu setelah orangArab Quraisy menyerang orang Islam. Peperangan yang berlaku dalam Islam juga harus mengikut prinsip tertentu. 
Antaranya,
1. Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang olehmusuh.
2. Allah juga membenarkan orang Islam berperang untuk mencari keamanansupaya tempat ibadat mereka terjaga. Peperangan yang berlaku pada masa iniadalah lebih kepada menjaga maruah negara serta memusnahkan harta benda danmanusia yang tidak berdosa. Islam tidak melakukan tindakan sedemikian.
3. Setiap pertempuran dan peperangan dalam Islam adalah untuk menentangkezaliman dan mempertahankan diri.
 Islam menganjurkan perdamaian,seandainya musuh Islam inginkan perdamaian, maka, orang Islam harus memilih perdamaian.
Dalam Islam, dakwah Islamiah mestilah dilakukan dengan bijaksana danmenerusi nasihat yang balk.
Peperangan yang berlaku antara orang IslamMadinah dengan pihak Arab Quraisy Makkah terbukti adalah untukmempertahankan maruah agama, bangsa, dan negara semata-mata.
Sungguhpun peperangan telah berlaku, namun, Islam tidak berkembang dengan paksaan malah perkembangannya adalah secara sukarela dan toleransi. 
Misalnya,dalam Peperangan Badar, walaupun pihak Islam beroleh kemenangan, NabiMuhammad s.a.w. telah mengampunkan tawanan Arab Quraisy.
Tawananwanita dan kanak-kanak telah dibebaskan sementara tawanan lelaki diberikansyarat untuk membebaskan diri mereka.
 Tawanan lelaki yang berjaya mengajarkira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai,akan dibebaskan.

Tentera Islam yang berjuang di medan peperangan juga dilarang membunuhsesuka hati malah tumbuh-tumbuhan juga dilarang dimusnahkan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;
Memahami kepentingan Perjanjian Hudaibiyah dan pembukaan semula kota MakkahAras 1
Menyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
Menyatakan proses pembukaan semula kota Makkah

Aras 2
Menghubungkaitkan Perjanjian Hudaibiyah dengan pembukaan semula kota Makkah
Aras 3
Menjana idea kepentingan pembukaan semula kota Makkah10. a. Apakah Perjanjian Hudaibiyah?
(Rujuk Buku Teks m.s: 131-133)
 Perjanjian Hudaibiyah dimeterai antara pihak Islam dengan Arab Quraisy (yangdiwakili oleh Suhail bin Amru) di Hudaibiyah pada tahun 628 M. bersamaan 6 H. b. Ceritakan peristiwa yang menyebabkan Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani.Peristiwa-peristiwa penting yang menyebabkan Perjanjian Hudaibiyahditandatangani adalah seperti berikut;
Pada tahun 628 M., rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana inginmenunaikan umrah.
Mereka telah disekat di Hudaibiyah Nabi Muhammad s.a.w. menghantarUthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan kedatanganmereka.
Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah bersumpah setia, yang dikenali dengan "Baiah al-Ridwan".
Orang ArabQuraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam. Lalu, merekamenemui Nabi Muhammad s a w.,
Baginda bersedia mengadakan perjanjian dan termeterailah PerjanjianHudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w.(Islam) dengan Suhail bin Amru(Quraisy).
c. Senaraikan syarat-syarat yang dipersetujui dalam perjanjian ini.
Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinahatau orang Quraisy Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganyatidak perlu dipulangkan.
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.



5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.............................Perjanjian Hudaibiyah yang telah dimeterai itu, tidak dapat diterima sepenuhnyaoleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal. Merekamenganggap perjanjian itu menguntungkan pihak Arab Quraisy. Walau bagaimanapun, akhirnya, mereka dapat menerimanya sebagai satu pengajaran yang besar. Demi mencapai kata sepakat dan menjalin hubungan yang baik antara dua pihak, orang Islam menganjurkan perdamaian. Dengan wujudnya keamanan, misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan.d. Huraikan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.
1. Menerusi Perjanjian Hudaibiyah, orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 629 M.. Peluang ini juga telah memberikankebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan seterusnya beribadat diKaabah pada bila-bila masa.
2. Tempoh perdamaian dalam perjanjian ini membolehkan Nabi Muhammads.a.w. merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arabsecara aman. Menerusi perjanjian ini, suku Arab boleh menganut sebarang agamayang mereka sukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Dengan itu Islamdapat berkembang dengan meluas. Sesetengah sejarawan mengatakan bahawaselepas dua tahun perjanjian ini dimeterai mereka yang memeluk Islam telah berganda bilangannya.
3. Kandungan Perjanjian Hudaibiyah menggambarkan bahawa Islam tersebardengan aman. Walaupun isi perjanjian yang ketiga dan keempat kelihatanmenguntungkan orang Arab Quraisy tetapi Nabi Muhammad s.a.w. yakin Islamakan memperoleh keuntungan dari segi jangka panjang. Ini terbukti dengan pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy yang berpengaruh, iaitu Khalid binal-Walid, Amru bin al-As, dan Uthman bin Talhah sejurus selepas PerjanjianHudaibiyah ditandatangani.
4. Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w.sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi. Kita mendapati sesuatu tindakanyang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. tidak dilakukan secara terburu-burumalah baginda melihatnya secara menyeluruh, terperinci dan berwawasan.
5. Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian ini menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah. Sebelum ini merekatidak mahu langsung bekerjasama dengan orang Islam malah sentiasa mencari jalan menentang Islam.
6. Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan semula kotaMakkah

  
................Walau bagaimanapun, perdamaian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak ini bertahan selama dua tahun sahaja. Orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama. Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza'ah. Mengikut syarat Perjanjian Hudaibiyahgencatan senjata haruslah dikekalkan selama 10 tahun tetapi orang Quraisytelah mencabulinya. Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak tegas dalammenangani hal itu dengan menyediakan dan menghantar pasukan tentera ke Makkah.

11. a. Ceritakan peristiwa pembukaan semula Kota Makkah.
 Kota Makkah ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan tempat lahirnyaagama Islam. Oleh sebab dakwah Islamiah tidak diterima sepenuhnya oleh orangArab Quraisy pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M.. Setelah hampir lapan tahun NabiMuhammad s.a.w. tinggal di Madinah dan berjaya mendirikan sebuah kerajaanIslam di situ, baginda akhirnya dapat menguasai semula kota Makkah pada tahun630 M. bersamaan 8 H.. Tindakan ini dilakukan oleh pihak Islam keranamereka mendapati pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyahdan tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama.Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepadaIslam.Selain itu, pembukaan kota Makkah juga merupakan strategi jangka panjang bagimeneruskan penyebaran Islam. Nabi Muhammad s.a.w. berpendapat jika Makkahdapat dikuasai, kedudukan kerajaan Islam di Madinah tentu akan menjadimantap. Oleh itu, baginda merancang untuk memasuki kota Makkah secara bijakdan berpegang pada prinsip aman tanpa kekerasan.Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhuatiri oleh orang Arab Quraisy,khususnya pembesar Quraisy. Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., al-Abbasdan ketua Arab Quraisy, Abu Sufian, telah mengambil keputusan memeluk Islamsebelum tentera Islam menguasai Makkah. Mereka memeluk Islam bukandisebabkan takut dengan kekuatan tentera Islam tetapi menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyediakan empat pasukan tentera yang terdiridaripada 10 000 orang. Empat pasukan itu ialah pasukan Khalid bin al-Walid, AbuUbaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwam. Keempat-empat pasukan tentera Islam ini bergerak masuk ke kota Makkah menerusi empat arahyang berlainan, iaitu dari arah utara, selatan, barat, dan barat daya Makkah. Taktikini telah memberi kejayaan yang besar kepada tentera Islam untuk membukasemula kota Makkah secara mudah kerana orang Quraisy telah dikepung denganrapi.

 Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam telah berjaya membuka semulakota Makkah tanpa mendapat apa-apa rintangan yang besar, kecuali penentangankecil yang diterima oleh pasukan Khalid bin al-Walid daripada segelintir orangQuraisy. Tetapi penentangan tersebut dengan mudah dapat ditewaskan olehtentera Islam. 
b. Nyatakan kepentingan pembukaan semula Kota Makkah.
1. Kejayaan pembukaan semula kota Makkah menyebabkan Kaabah terpeliharadaripada unsur-unsur Agama menyembah berhala yang selama ini menjadiamalan masyarakat Arab Jahiliah dihapuskan selama-lamanya dan digantikandengan Islam.
2. Masyarakat Islam telah mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
.3. Kota Makkah dijadikan sebagai kota suci umat Islam. Dengan terdapatnyaKaabah di Makkah, kota ini menjadi tumpuan kesemua umat Islam dari seluruhdunia untuk melakukan ibadat.
4. Pembukaan semula kota Makkah membuktikan bahawa negara Islam yangdibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
5. Kebanyakan sejarawan mengatakan bahawa peristiwa pembukaan semula kotaMakkah ini menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh TanahArab. Dakwah Islam telah tersebar secara aman sehingga masyarakat negara kita juga memeluk Islam secara sukarela, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
6. Penguasaan terhadap Makkah, telah mewujudkan sebuah pusat pemerintahanIslam yang kuat. Walaupun Makkah telah berjaya dikuasai, namun, NabiMuhammad s.a.w. tetap menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam,manakala Makkah dijadikan sebagai salah sebuah wilayah Islam. Di Makkah, baginda telah melantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam.....................
Pengislaman Abu Sufian dan Abbas merupakan faktor penting yangmemudahkan kota Makkah dikuasai oleh orang Islam. Dengan pengislamankedua-dua pembesar ini, orang Arab Quraisy yang lain turut sama memelukIslam. Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka yangterkepung semasa pembukaan kota Makkah. Jaminan keselamatan ini menjadifaktor utama kepada kejayaan pembukaan semula kota Makkah.Setelah berjaya menguasai kota Makkah Nabi Muhammad s.a.w. telah bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah dan kemudian berpidato kepada umat

Islam dengan membacakan ayat al-Quran yang menekankan kepentingan perpaduan diamalkan dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w. terhadap orang Arab Quraisy yangdikepung begitu ketara. Nabi Muhammad s.a.w. tidak membalas dendamterhadap penduduk Makkah yang selama ini memusuhi Islam, malah bagindamemaafkan mereka. Amalan sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaranIslam seterusnya.....................
Pembukaan Semula Kota Makkah
Semasa memasuki kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. telah meminta seorangsahabat mengumumkan kata-kata yang berunsurkan pengampunan kepada orangQuraisy yang ditawan. Antara kata-kata itu termasuklah "Wahai kaum Quraisy,sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian, maka, dia selamat, sesiapa yang beradadi rumah sendiri dia akan selamat, sesiapa yang memasuki Masjid al-Haram, dia juga akan selamat".Semasa berhadapan dengan orang Quraisy yang ditawan, baginda juga telah bertanya kepada mereka. Kata baginda "Wahai orang Quraisy, menurut pendapat kamu apakah yang akan aku lakukan kepada kamu sekarang
? Jawaborang Quraisy "Tentu yang baik, kerana saudara orang baik, daripada anak orangyang baik-baik dan pemaaf lagi pemurah". Selepas mendengar jawapan orangQuraisy itu Nabi Muhammad s.a.w. terus mengatakan "Pergilah kamu sekalian,kamu sekarang sudah bebes. Dengan ucapan itu, kesemua orang Quraisy dan penduduk Makkah telah diampunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..12. a.
 Nyatakan pengajaran daripada sejarah perkembangan Islam di Madinah ini?
1. Kesabaran, kebijaksanaan dan kemurniaan akhlak yang dipaparkan oleh NabiMuhammad s.a.w. merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun Islam.
2. Pembentukan kerajaan Islam Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan serta keharmonian hidup perlu dicontohi.
3. Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan oleh Nabi Munammad s.a.w. dapatmenjadi pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinannegara.

4. Sikap tidak pernah menyerah kalah untuk meneruskan perjuangan murni harusditanam dalam jiwa kita. Rintangan dan halangan harus ditempuhi dengan cekaldemi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Dengan akhlak yang terpuji ini, Nabi Muhammad s.a.w. dapat berhadapan dengan golongan penentang Islamsebelum ini dan menerima mereka sebagai kawan. Inilah ciri dan sifat yang harusdimiliki oleh generasi Islam pada masa sekarang demi menghadapi zaman yangmencabar.


“Ya Allah, cukuplah
Engkau sahaja tempat aku berlindung dan memohon
 pertolongan.” 
 Ya Allah, berikanlah jiwaku ketakwaan, dan sucikanlah jiwaku ini.Engkaulah sebaik-baik zat yang mensucikannya. Engkaulah jua sebaik-baikpemberi pertolongan dan perlindungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENERAJUI KESEJAHTERAAN SELANGOR