Rabu, 19 Februari 2020

PERINGATAN UNTUK DIRIKU DAN KELUARGAKU.


PERINGATAN UNTUK DIRIKU DAN KELUARGAKU.

Terlalu ramai manusia hari ini yang berusaha membina
kredibiliti mereka atas nama agama. Na'uzubillahiminzalik.
Mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalamnya. Apabila
semakin ramai pengamal ilmu-ilmu agama, maka masing
-masing telah mengiktiraf bahawa jalan mereka yang lebih
 baik seolah-olah, merekalah yang telah mengamalkan
sepenuhnya agama ini dengan sempurna.


Agama merupakan satu kepercayaan dan bagaimana penganutnya
 melakukan sesuatu untuk membuktikan anutannya, namun Islam
lebih dari itu. Islam adalah cara hidup, bukan sekadar berhubung
dengan Allah s.w.t dalam soal ketauhidan dan feqh amalan seharian,
bahkan ia juga adalah hubungan duniawi di antara benda hidup
di muka bumi ini.

Perbuatan membandingkan siapa lebih baik agamanya, amalan
 kerohaniannya hanyalah pintu kepada kerosakan yang menjadi
peluang kepada iblis dan syaitan untuk memanfaatkannya.
Berbuatlah kebaikan tanpa mengira apa beza sekalipun kerana
 setiap kebaikan yang dilakukan oleh manusia kerana Allah
pasti mendapat ganjaran yang setimpal. Usah lah kita menuding jari,
mencari-cari salah siapa kerana semua manusia pasti akan
melakukan kesalahan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

'Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran)
yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan
janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir
 (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu
 (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit
 faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
' (Al-Baqarah 2:41)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENERAJUI KESEJAHTERAAN SELANGOR