Selasa, 18 Februari 2020

SAUDARA2 KU SEKELIAN....SEDAR DAN INSAFLAH

Ketika Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau Abam meninggal dunia, ada sekelompok masyarakat yang memperkatakan tentang saiz badannya sebagai punca kepada masalah kesihatan yang membawa kepada kematian.

Namun, seperti yang dilaporkan oleh keluarganya, abam cuma mengalami demam beberapa hari dan tidak sihat dalam tempoh yang tidak lama.

Ketika pemergiannya pada usia 30an itu, ribuan manusia berkumpul dan berhimpun serta bercakap tentang kebaikannya dan segala amal baik yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Hari ini, Allahyarham Ashraff Sinclair meninggalkan kita. Beliau terkenal sebagai seorang yang amat menitik beratkan soal kesihatan.

Rutin harian di 'gym' tidak ditinggalkan. Malah beliau menjadi duta kepada makanan dan biskut yang menyihatkan.

Hari ini, Allah jemput beliau jam 3.40 pagi asbab serangan jantung pada usia 40an.

.
Sahabatku, marilah kita insafi.
Jarak antara dua peristiwa ini tidaklah terlalu jauh untuk kita renungi.

Kematian itu bukan hanya tentang saiz badan.

Ia bukan tentang tua ataupun muda.

Ia juga bukan tentang kaya mahupun miskin.

Ia bukan tentang semua itu.

Kematian adalah tentang masa dan ajal.

Apabila masa yang ditentukan Allah itu tiba, maka tibalah ajal kita.

Tidak cepat, tidak lambat biarpun sesaat.

Justeru, ketika tibanya ajal kita, kita mahu diingati sebagai apa?

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

# Translated version of Ernie Rizah's writing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENERAJUI KESEJAHTERAAN SELANGOR