PERINGATAN PADA GOLONGAN YANG GILA PANGKAT DAN JAWATAN
Saidina Abu
Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan sejurus dilantik sebagai khalifah
mengingatkan:”Wahai manusia meskipun aku telah dilantik untuk memimpin kamu,
tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat
aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Jika kamu melihat aku berada
dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi
perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak
perlu lagi mematuhi perintah aku.”
Berdasarkan
hujah-hujah yang dinyatakan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kita
dilarang memilih seseorang yang meminta dirinya diangkat menjadi pemimpin.
Sebaliknya, pilihlah seseorang menjadi pemimpin yang akan memegang tampuk
kepimpinan berdasarkan kewibawaannya; beriman, berintegriti dan berilmu
pengetahuan yang luas.
Firman Allah
SWT dalam surah an-Nur, ayat 55 yang bermaksud: “Allah SWT menjanjikan kepada
orang yang beriman dan beramal salih di kalangan kamu, bahawa Dia akan
menjadikan mereka sebagai khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
seperti mana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka selaku khalifah yang
berkuasa.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan